hak cipta pemilik blog CyanaMoose
Assalaam alaykom.... sebelum bercerita tentang hari2 indah menyambut eid mubarak, hati sedikit sayu bila mana melihat hati Insan Terchenta tercalar dek gara pihak tertentu yang dilabelkan sebagai MEDIA MASSA ternama di Malaysia telah melanggar hak cipta penyiaran bahan video mahupun bahan foto. hmm.
Benar dalam zaman siber dengan perkembangan teknologi yang pesat berkembang, bermacam perkara bisa berlaku. Begitu juga dengan pencurian gambo yang berleluasa yang mana pencuri mengakui itu miliknya. Kami yang bergelumang dalam industri media dan siber harus peka dan tahu akan batasnya... Jika mahu menggunakan hak milik orang lain, WAJIB minta kebenaran terlebih dahulu... atau sekurangnya diberi 'credit' kepada pemilik asalnya. Dan benar saya juga tahu akan risiko gambo2 saya yang tiada 'Watermark' disebarkan di Internet, namun berbalik kepada unsur keperibadian diri sendiri... sanggupkah kita mencuri hak orang lain dan mengakui itu milik kita? Walaupun karya saya tidak seberapa, namun walau gambo sebutir zarah pasti saya tahu itu hasil titik peluh sendiri. hmm.
Namun, apa yang mengecewakan bila pihak MEDIA yang berdaftar, yang gah namanya, yang berlandaskan ISLAM, yang memaparkan personaliti MUSLIM, yang majoriti warga kerjanya juga MUSLIM.... tanpa segan silu menindas pihak yang kurang bernama atau pihak yang tidak se-gah namanya. hah!!!! Itu namanya penindasan maya yang berlaku sesama MUSLIM. Maaf jika saya lebih gemar bekerja dengan NON-MUSLIM, lebih kagum dengan etika kerja dan ideologi mereka. Perjanjian tetap perjanjian, cuma ianya dibentuk secara hardcopy atau softcopy atau apa sahaja mediumnya. Walau dengan sebutir kata, perjanjian itu tetap wujud dan harus dikotai. Peliknya bila MEDIA se-gah nama tidak tahu ETIKA atau pura2 tidak pasti dengan ETIKA? enough said.
Maaf jika ada pihak yang mahu menunding jari dek kerna kesilapan pihak yang mana2 jua. Yang berlaku telah berlaku dek kerna alpa dek kerna tidak peka dengan ETIKA. Tetapi KITA yang tahu ETIKA perlukah juga menindas yang lain? hmm. Diringkaskan senarionya...
1. Gambar-gambar rasmi konsert yang datangnya dari titik peluh EMPAT orang photographers dicuri tanpa kebenaran. EMPAT orang photogs bekerja keras selama dua hari untuk mendapatkan 'angle & shot' terbaik walaupun dengan kadar bayaran minima dek kerna kesilapan pihak tertentu.
owh... ini hasil COLLAGE by Pihak MEDIA
2. Gambar-Gambar tersebut adalah milik rasmi 1stVerse dengan 'Watermark' telah diCROP dan COLLAGE dibuat oleh pihak MEDIA untuk tujuan publisiti. TANPA KEBENARAN dan TANPA SEBARANG PERSETUJUAN dari pihak 1stVerse.
link to Konsert 'Rhythm Of The Soul' Photo Album @
FACEBOOK 1stVerse Production Sdn Bhd
3. Video yang ditayangkan oleh pihak MEDIA juga belum lagi habis bayarannya oleh pihak tertentu namun dek kerna kesilapan pihak tertentu atau mungkin atas persetujuan mereka, hak cipta penerbitan menjadi milik pihak MEDIA. Adakah pihak MEDIA tidak peka tentang hal ini atau cuba menindas pihak yang satu lagi. Apa yang pasti 1stVerse juga yang terpaksa menanggung kesilapan tersebut tanpa prejudis.
Btw saya juga turut hadir pada kedua-dua hari tersebut dan mengetahui hujung pangkal cerita. Tepuk dada tanya diri sendiri terutamanya perkara 1 dan 2. Perbuatan itu mencerminkan keperibadian anda dan apa yang anda telah lakukan membawa nama pihak MEDIA anda. Jika sebelum ini saya kagum, kini imej PIHAK MEDIA tersebut pasti sedikit tercalar walaupun dengan hanya komen dari insan kerdil seperti saya. Apa rasa jika barang anda dicuri? Enough Said!
mmg teruk tul amik gmbr org anpa kebenaran...so tk proceed ke psl isu gmbr curi ni??tiba2 nmpk my fav actor mr hot adi putra:)
ReplyDeleteMama Tisya... your fav actor mmg datang siap nyanyi lg mlm tu. pencuri tu tkde kesedaran sivik. hehe
ReplyDelete