Friday, August 24, 2012

* 1 Syawwal|Eid ul-Fitr 1433H *

Assalaam alaykom... sudah masuk ke hari ke-ENAM Syawwal, pastinya mood raya masih lagi terasa walaupun bandaraya Kuala Lumpur masih lagi lengang dan bebas kesesakan lalu lintas. hiks. Tahun Masihi 1433 adalah giliran beraya di Baitul Ar-Rahmah yang mana pastinya the Wayfarers sekeluarga akan bersolat sunat raya di daerah Kuala Selangor. owh.. realitinya walaupun menetap di Shah Alam, saya belum berkesempatan solat raya di Masjid Negeri Shah Alam kerna mengikut AYAH yang akan bersama-sama dengan rakyatnya. Itu pengorbanan AYAH sebagai pemegang amanah yang mana rakyatnya diutamakan. hmm.


Awal pagi Eid keluarga besar kami menuju ke Masjid Nurul Iman Ijok untuk mengerjakan solat raya dan pastinya teruja kerna AYAH sendiri yang menjadi Imam solat kali ini. Selepas bersalaman dengan jemaah dan sesi bergambo, seperti biasa kami singgah ke kediaman Encik Arif, ketua kampung di situ. Makanan yang dihidangkan sangat sedap!! nyum nyum! Kemudian ke beberapa rumah di sekitar Ijok sebelum terus ke Klang iaitu kediaman Tok Baba & Tok Mami. owh.. menu AyahNgah juga sedap! Kemudian kami singgah ke teratak Ibu Zarah iaitu mak mentua brother Muadwwiz yang berhampiran Jalan Yadi Klang... apa lagi makan! makan! makan! Ibu Zarah menyediakan soto dan nasi lemak. {saya suka sambal ikan bilis... teringat pada sambal ikan bilis Kak Idah.. hmm}. Destinasi seterusnya pulang ke kampung halaman Nenek di Cengkau, Rembau. wahh!! nasi beriani masakan Mak Busu tidak dapat kata 'tidak'. ahaks! Lewat tengah malam bertolak pula ke kediaman Mak Teh di Nilai untuk bermalam di sana seblum pulang ke Penang. Kesimpulannya seharian kerja makan... ahaks! Jom layan gmbo ya... pics taken by mrs iPhone. :)


 eid morning

 mrs Cyana in self-pose

minum susu di pagi Syawwal adalah menggembirakan

 with sista Ochal

 on our way to Ijok.. kelihatan banner AYAH di sepanjang jalan

 Masjid Nurul Iman, Ijok

 bahagian jemaah wanita

 chiak!!! lil' Yumna in the mosque
{owh.. this is her first eid}

 lil' Yumna busy with aunty Cyana's handbag

 and busy with her lil' pinky shoes

 lil' Yumna with aunty Ochal

 okay... jom makan kasut!! hahaha


 lil' Nawaal el-Yumna in candid!!!

lauk pauk di kediaman En Arif
ketupat nasi, lemang, rendang kerang, daging dinding, ayam masak lemak dan sayur buncis ayam

 my eid breakfast.. daging dinding yang sangat sedap!

 kediaman sementara En Arif sementara menunggu rumah lamanya di ubah suai

 okay.. jemput makan


 the next house.. makan lagi! menu makanan orang Jawa juga

  the best soto in Ijok! soto adalah menu tetap setiap tahun di kediaman bapa En Maskor

 wifey with lurvely hubby Moose
{ala2 pose dengan jejaka Arab bukan? wifey tinggi sikit sebab heels 3 inci.. ahaks}

 the next house

semuanya saudara-mara yang akan berkumpul pada eid pertama di kediaman ini.. menariknya lauk pauk dimasak dengan merewang sesama keluarga

 
mine.. ayam, sate dan roti jala

 peace ya!!! tyme to go

 then kediaman Tok Baba & Tok Mama in Klang

 sista in pose... sista Ochal, me & sista Yusra

 singgah di kediaman sista Fateyn yang kaya dengan pelbagai barangan perhiasan antik

 masa makan

 masa bergambo

 eh..eh.. boys yang bergambo mengalahkan girls.. hehe

 lil' Yumna yang kelihatan sangat kecil di pangkuan uncle Chab

 off from Klang menuju ke Pekan Rembau

 nasi beriani by Mak Busu... imported chef from Sabah

 dinner tyme

 potret hubby Moose di dinding kediaman Nenek di Chengkau

Alhamdullilah diberi peluang meraikan hari kemenangan bagi umat Islam dan pastinya terhibur hati walau sedikit keletihan dek acara marathon makan. hiks. Gembira lagi bila berkesempatan meluangkan masa bersama ahli keluarga. May Blessings of ALLAH be with you and your families too. THANK YOU ALLAH!


No comments:

Post a Comment