Friday, August 24, 2012

* 3rd Syawwal|Eid ul-Fitr 1433H *

Assalaam alaykom... 3rd Syawwal masih lagi bersiaran dari Negeri Pulau Mutiara kampung halaman terchenta. Pagi Syawwal ketiga bermula dengan sesi ke 'maa-ket' bak lograt orang Penang atau lebih di sebut pasar. Pencarian sayur dan ikan lele a.k.a ikan keli untuk menu nasi ayam penyet versi Medan. hehe. Seperti biasa MAMA & ABAH akan mengadakan Open House untuk saudara mara atau kami lebih sinomin dengan 'berkumpul raya di rumah siapa'. Maka bila open house menu pastinya enak belaka kerna dihidangkan oleh tukang masak. owh.. mrs Cyana seperti biasa juga tugasan memotong sayur dan mengatur juadah di atas meja selain membancuh minuman. hehe. 

okay.. penat bercerita seperti mana sedikit penat melayan tetamu yang datangnya seawal jam 12 tengahari sampailah ke jam 1 pagi. huhu. Menu bak kata MAMA paling simple iaitu Nasi Ayam, Burung atau Lele Penyet. Menu eid sampingan pastinya nasi impit kuah kacang dan ketupat pulut bersama dengan gulai daging. Syukur lauk pauk dan nasi juga habis.. jika tidak makin gemuklah ayam2 dibelakang rumah. hehe. Gembira tahun ini dapat bertemu dengan sepupu-sepupu yang kadang kala tidak sempat berjumpa walaupun tinggal berdekatan. hmm.. Anak2 sepupu macam biasalah bilangan juga semakin bertambah :) Jom layan gmbo yang tidak seberapa... rupanya gambo makanan dan tetamu tidak banyak dirakam.. huhu.

cerita bermula dengan gambo kasut pemilik blog.. ahaks!

teman MAMA ke Pasar Bayan Baru

mencari sayuran
kacang panjang untuk ulaman

buah tomato segar

MAMA sedang memilih ikan, anak sedang sibuk bergambo.. patutlah anak tak pandai pilih ikan

mula dengan gambo kepala ikan
entah ikan apa nie... sik tauk nama


yang nie ikan taik lalat kot.. hehe

yang nie ikan polkadot.. hiks

okay... yang nie ikan pari kegemaran

ketam biru

owh.. my fav ikan yu in shape!
both are my fav!!

then ke kedai taugeh

beli bahan2 untuk menggoreng bihun
singgah ke gerai apom telur

uncle apom telor membantu wifey di kala cuti
my fav apom telur satu RM0.50

my fav nasi kandaq di Pasar Bayan Baru.. and ice tea in pose!
tugasan bermula dengan memotong sayur.. hehe

yang nie tugas brother Joe, goreng burung puyuh

burung puyuh dan ikan yu sebelum dimakan

homemade chocolate brownie.. hot from oven!!!
thank you miss Amilia!

the Penang clan..
yang nie geng2 hubby Moose ketika di Penang... semuanya photographer tegar

my only angpau... thank you brother Joe!!!
okay... dah lewat malam. tyme to sleep.
lil' Rayqal masih tersenyum bila dapat pegang botol sejuk. lil' Aiman sudah keletihan tidur
mrs Cyana & mrs Siti Sharizat Indera
rakan sebaya semasa di SKSA (Sekolah Kebangsaan Sungai Ara)

mrs Cyana & miss Amilia Rahman
rakan sebaya semasa di SGGS (St. George's Girl's School)

Lurve. Lurve. more Lurve!!

No comments:

Post a Comment