Wednesday, August 8, 2012

* A day in Bazaar Ramadhan *

Assalaam alaykom... sempena bulan Ramadhan yang di mana sahaja pasti meriah dengan kehadiran bazaar Ramadhan, begitu juga meriah saya menjamu mata melihat lauk-pauk yang entah berapa jumlahnya. Seperti biasa menjelang Ramadhan, lauk-pauk yang dimasak berlipat ganda dan keseronokan berniaga di bazaar juga jelas terasa. Kesempatan pulang ke Penang minggu lalu pastinya tidak melepaskan peluang untuk sama2 merasai kemeriahan jualan di bazaar yang mana sesekali terfikir bagaimana keringat dan penat lelah ABAH, MAMA, brother Joe yang sama2 membanting tulang menyediakan juadah makanan dalam bulan puasa. Memasak dari pagi, mengangkut makanan ke bazaar di waktu tengahari dan menjual sehingga ke senjahari. Iftar juga di gerai jualan tanpa meja panjang dan tiada hidangan, cukup sekadar makan ala 'tapau' namun kepenatan mereka jelas terbalas bila semua lauk-pauk habis dijual. hmm. 

okay.. jom layan gambo makanan favourite mrs Cyana. Peliknya MAMA tukang masak, anak perempuannya cerewet bab makanan.. {owh bukan sahaja cerewet memilih kasut ya..} Anyway salute to brother Joe yang kini bisa memasak pelbagai hidangan dan bab makanan tiada pantang larangnya. hehe. Jom layan makanan di Joe Cafe' Bazaar Ramadhan Bayan Baru, Penang.

the most HOT food!!

mrs Cyana sempat round Queensbay.. hiks.

bazaar Ramadhan Bayan Baru


brother Joe yang setia menanti pelanggan

from the side

aunty Cyana and cutie lil' Rayqal

owh.. crabs!!!
ikan talang masak asam

ayam goreng bawang

burung puyuh goreng

ikan cencaru in the making

disumbat sambal sebelum digoreng

cencaru sambal belakang

keladi dan sambal petai.. nyum nyum..

kari daging or gulai daging.. hubby Moose's fav

pajeri nenas terung.. my fav kuah

ketam 'before'

ketam 'after'

telur ikan 'before'

telur ikan 'after'

kerabu mangga

kerabu perut tauge


peparu nyum!

my fav sotong

and my fav chicken

malam hari melayan ice blended

sedap dan murah

 
layan chatime pun sedap juga.. hehe. 

Walaupun sempat dua hari turun padang, kepenatan sudah terasa bila maka bersengkang dengan makanan. Bayangkan mereka yang setiap hari berdepan dengan semua juadah tersebut. hmm. Pabila terdengar lagu raya berkumandang, tak sabar rasanya mahu pulang beraya di kampung halaman.. PEACE!!

2 comments:

  1. cyana..kalau dekat dah lama terjah..sangat terliur.....
    *dil dulu pun ada pnglmn tlg mak angkt kt bazar ramadhan seronok..pngalaman berharga...walo hnye sekejap je.....-)

    ReplyDelete
  2. Dil... masakan kampung mmg sedap kan? awak kena mkn byk2 tau.. nnt berpantang kena posa plak. Seronok kan Dil walaupun penat.

    ReplyDelete