Friday, August 31, 2012

* 55th MERDEKA day *

Selamat Hari MERDEKA yang ke 55 tahun MALAYSIA!!! 


Semoga negara dan tanahair tercinta MALAYSIA terus aman damai dan bebas dari pergolakan mahupun persengketaan meskipun propaganda yang bisa menghancurkan kemakmuran negara. Semoga minda kita juga MERDEKA sebagaimana negara yang telah mendapat taraf kemerdekaan 55 tahun yang lalu. Kerna minda merdeka-lah yang bisa memimpin negara ke arah kecemerlangan bukannya minda kosong yang bisa membawa kepada kehancuran. Semoga kita terus dilindungi seadanya. Ameen.

Wednesday, August 29, 2012

* me && him *

me&&him

Assalaam alaykom... Yes.. I'm smilin'! I love the 'me&&him' photo. Dua karektor dari dunia imaginasi yang berbeza namun kami berkongsi minat dan hobi yang sama iaitu merakam gmbo. hubby Moose dari dunia multimedia, akrab dengan perihal kreatif dan bisa menghasilkan produk berwarna-warni seperti ceria melihat pelangi. Namun hubby Moose lebih gemar berada di barisan belakang pentas kecuali jika diminta beliau menyanyi... pasti anda yang mengenalinya akan terasa pelik bila mana mendengar mr Moose bersuara bass bisa mendendangkan second or third voice. Gifted! Thank you ALLAH! saya ditemani Insan Terchenta berjiwa seni yang tegar melayan karenah wifey yang seperti kartun chicken little.

mrs Cyana dari latar belakang Teknologi Maklumat pula mempunyai watak berbeza yang mana mahu semuanya laju.. bak kata hubby Moose baca berita juga mahu laju seperti mahu mengejar tren di pagi hari. ahaks! owh... mungkin wifey kecil dan lebih aktif pada zahirnya mahu semuanya laju.. makan laju, jalan, tulis, bercakap semuanya mahu laju tanpa noktah. hiks. Dan mungkin kerna wifey memegang peranan berbeza iaitu sentiasa berada di bahagian hadapan atau tepian pentas dek kerna tugas saya sentiasa bersama mikrofon atau walkie-talkie!! maksud lain adalah wifey suka bercakap! cakap dan cakap! Pelik bukan jika satu hari tidak mendengar saya bercakap? Lumrahnya anda akan berasa pelik jika bertemu saya tanpa senyuman.. kerna saya lebih gemar berada dalam dunia ceria dengan senyuman.

ALLAH swt MAHA mengetahui untuk memberi teman hidup kepada kita yang berbeza karektor agar kehidupan kita lebih bermakna dan ceria. I love my life! 


* my bubbly whitey *

"It starts in my toes
And I crinkle my nose
Wherever it goes I always know
That you make me smile...

and YOU ARE... my lil' bubbly whitey Guess! 
I just can't say NO!

  
Yes! Yes!! You give me feelings that I adore... and make me smile!

Tuesday, August 28, 2012

* last day of Ramadhan *

Assalaam alaykom.. kesempatan masa yang ada digunakan untuk update cerita Ramadhan yang masih lagi bertahta di hari. Ceritanya bila tahun ini giliran beraya di Shah Alam, maka lebih banyak masa dapat dijimatkan kerna tidak perlu cuti awal dan merancang perjalanan jauh atau menghadapi kesesakan lalu lintas. Hari terakhir Ramadhan pastinya sibuk mengemas di dapur.. {eh, mengemas jek tak sibuk memasak pun. opps}. Kemudian petang harinya sibuk juga shoppin'. Ingatkan shoppin' baju rupanya gadget.. agaga!!! So bersama hubby Moose naik turun shoppin' mall mencari lappy untuk tujuan bekerja di hari cuti.. maka sepanjang beraya, malam hari hubby Moose bekerja. huhu!!!

 
 aunty Cyana and lil' Yumna

 lil' Yumna and lil' Tiger

 
 here we are.. sesi shoppin' with hubby Moose

 mrs Cyana sedang mengisi masa lapang

 pose with my new black cover

 hubby Moose sibuk membeli

 so tunggu 1 jam untuk sesi installation.. huhu.

last day shoppin'.. jacket for hubby

 iftar tyme

 our meal.. assam laksa. 
{owh.. he just love it!}

Alhamdullillah... malam terakhir Ramadhan sempat singgah ke Masjid Negeri Shah Alam untuk membayar zakat fitrah dan sempat juga mendengar alunan takbir raya. Subhanallah. 

Miss you Ramadhan Al-Mubarak!

* the Celadon|Iftar *

Assalaam alaykom sisters... sudah masuk ke hari kesepuluh Syawwal, hati masih merindui Ramadhan yang baru berlalu. Bezanya Ramadhan bisa membuat mata terbuka lebih awal untuk sahoor. Mengapa tidak selepas Ramadhan mata terbuka pada masa yang sama? hmm. Bezanya bila Ramadhan bisa berpuasa di siang hari namun berat pula bila sesudah tamatnya Ramadhan.. perut asyik berbunyi, kepala asyik ingat mahu makan. hehe. Rindu juga saat2 bersama ahli keluarga dan rakan2 ketika iftar bersama. Meriah dengan juadah walaupun menjamahnya tidak sebanyak mana. Semoga kita mendapat keizinanNYA untuk bertemu Ramadhan yang akan datang. InshaALLAH. 

Berbalik kepada cerita Ramadhan, iftar bersama rakan2 bisa membuat bibir tersenyum dengan gelagat dan cerita2 mereka. Seperti biasa iftar kali ini dirancang oleh sista Nora merangkap pengurus terbaik tahun ini. {serius mmg terbaik!} Cakap sahaja mahu makan apa... kling!kling! terus makanan depan mata, soooo magic! hahaha. Kali ini pilihan adalah menu tomyam di Celadon Royal Thai Cuisine... dan restoran juga berdekatan dengan ofis. Tepat jam 4 petang mengikut waktu kerja bulan Ramadhan, kami sudah sedia menanti di Pavillion untuk sesi mencuci mata. hehe.

 
 tongkat yang menemani sista Nora

 miss Zaty & miss Azly

 mrs Cyana in black

 pose sebelum masuk ya..

 the Celadon Thai Cuisine Restaurant

 the menu book

 the table

 smile for camera

 sista Nora, Zaty, Azly and me

 pose with the team

 another angle.. hehe

 tomyam sedap

 kangkong belacan

 chicken pandan

 sotong

  my meal.. chicken and kangkong

and choc blended

happy faces... posing sebelum makan... selepas makan dah lupa pose pula. ahaks! 

Anyway... we had a great nite together. thank you for everyone yang makan dengan jayanya! Hopefully kita bertemu dan bersama lagi pada iftar yang akan datang. Lurve you ALL!!!

Monday, August 27, 2012

* my Eid outfit *

Assalaam alaykom sisters... I'm back with smile!!! Berbicara tentang fesyen bisa membuat saya tersenyum. Tahun ini tak sempat menempah baju maka misi mencari baju ready made bermula seawal Ramadhan. Benar juga nafsu wanita walaupun sudah membeli masih lagi membeli sehingga ke hari terakhir Ramadhan..wifey sangat rajin door-to -door shoppin'! oppss!! {bab negatif nie sila jangan contohi ya.. kerna saya sedikit kebudakan bila bab nak baju baru. hehe}. Lucunya bila menjelang eid tiba2 terasa seperti tiada baju yang boleh dipakai.. ketika itu mulalah memikir kembali apa yang dibeli... mulalah memikir membazir itu dan ini. hiks!! erk.. itu perasaan wanita suka berangan. hehe. 

Alhamdulillah Eid was really nice and my favourite part was matchin' clothes and accessories. Happy juga beraya dengan colorful hijab, owh.. kembali membelit  shawl memandangkan terasa bosan bila beberapa tahun mengenakan syria...so sisters, Let's mix & match!
1st Eid... abaya for eid prayer, fresh from Egypt.

flowy Abaya with flowery beads.
I bought abaya & hijab from my sista Fateyn. 
syukran sista! Lurve it!!!

 
purple baju kurung Pahang was inside abaya.
Thank you sista Nora for the lovely necklace.

 2nd Eid... Wallis black dress.

3rd Eid... black white kaftan from Juita One, Indonesian mode :)

 4th Eid... casual day with MNG mini dress

 pose di tengah jalan adalah kegemaran.. ahaks!

 5th Eid... polkadot baju kurung.
{lama tak pakai baju kurung ke kantor ya}

 6th Eid... another flowy black abaya :)

7th Eid... pinky baju kurung mix with turquoise by Qamilia

8th... brownish pua kumbu baju kurung by D'Rias

 
SMILE and more SMILE kerna setiap hari memakai baju baru... rupanya masih ada baju yang belum dipakai.. oppss! Ini kes gara2 membeli sebelum Ramadhan dan sebahagian dihantar alteration, sebab itu pada mulanya terlupa ada baju sudah dibeli. hiks! Anyway I'm sooo in lurve and very happy.

Sunday, August 26, 2012

* DenganMU AKU Tenang *

Tuhan sentuh aku dengan cinta-Mu
Basuh rindu dendam hatiku
Berlari mencari diri-Mu
  
Terbata meraba di fatamorgana dunia
 Tuhan ampun bila hamba terlena arungi sang hidup
Menangis tercenung nafsu butakan sang mata
Berlutut memohon Engkau ampuni sang jiwa
 
 Lewati sepi lewati duka
Di kehidupan yang sementara
Di dalam bising di dalam tawa
Hanya dengan-Mu aku tenang
Aku tenang
 
 Berlari mencari terlempar tak pasti
Terbata meraba di fatamorgana dunia
Menangis tercenung nafsu butakan sang mata
Berlutut memohon Engkau ampuni sang jiwa
Lewati sepi lewati duka
Di kehidupan yang sementara
Di dalam bising di dalam tawa
Hanya dengan-Mu aku tenang
Aku tenang
Aku tenang
Aku tenang

PEACE!