smile or not smile? hmm..
Assalaam alaykom sisters... sementara ada mood mahu membebel dan sedang dalam mood entah kenapa gambo potrait semuanya tunggang terbalik bila mana di upload ke blog walhal di Picture Manager gambonya menegak sahaja. Maka sementara menanti solusi untuk jawaban tersebut... layan senyum walaupun dalam pahit. hahaha. btw hari ini gembira kerna saya telah berjaya menyediakan 'Slide Presentation'.
Alhamdulillah penantian untuk pembentangan KPI department telahpun berakhir... jika sebelum ini pening juga kerna hampir setiap minggu mahu diperbaiki ditambah ditolak datanya. hmm. Lucky me diberi tugasan 'Compiling' tetapi data yang mahu dicompile juga harus itu agar slide presentation menarik ditambah warna-warni pelangi. hehe. Sekurangnya saya terlibat secara tidak langsung menyumbang sedikit tenaga untuk department. So... bila gembira pastinya gambo juga gembira seperti di atas. Gembira lagi kerna "no more KPI session for me", bley fokus perkara lain pula.
Pentingnya slide PowerPoint dalam 'Presentation' . Okay mari saya kongsikan beberapa tips ya:-
1. Data ringkas dan padat ~ maklumat jitu bukan dalam bentuk karangan. Yang akan mengarang adalah 'Presenter'. Maka 'Presenter' perlu pandai berkata2 seperti menjual minyak. {kerna itu walau satu slide saya bisa membebel hampir 15 minit.. bla bla bla}
2. Font size dan format konsisten ~ owh.. sila pastikan tulisan dan format bagi setiap slide adalah sama dan konsisten. Jika tidak ia akan dilihat kurang menarik.
3. Gaya Korporat ~ mengikut jenis pembentanga. Jika di pejabat perlukah korporat, maksud lain tiada font warna-warni atau gambo2 karton walaupun designernya adalah peminat sinchan. ahaks! btw elakkan juga banyak penerbangan data. hmm
4. Kreativiti ~ owh.. Be Creative!! anda juga perlu kreatif dalam menyusun atur data dan kreatif bila membentangkannya agar pendengar lebih gemar mendengar dari tertidur atau mula bertanya sekiranya apa yang dibentangkan tidak sampai kepada pendengar. hmm.
5. Gaya Pembentang ~ nervous? pasti saya juga sama seperti anda kadang nervousnya sampai terasa kenyang... tetapi bila dapat pegang Mic, nervous pun hilang. Cara saya hilangkan nervous adalah berdiri di hadapan cermin dan bercakap seorang diri. ahaks!
To all sisters... selamat mencuba!!! Chill babe!
No comments:
Post a Comment