Monday, July 9, 2012

* Majlis Tilawah Al-Quran BERNAS *

Date: 7th July 2012 
Location: Dewan Serbaguna, Kompleks Al-Bukhary Kedah 

Assalaam alaykom...Majlis Tilawah Al-Quran Wargakerja BERNAS 2012 dengan tema "Al-Quran Memperkasa Kecemerlangan Organisasi" telah berlangsung dengan jayanya pada 7 Julai 2012 yang diadakan di Dewan Serbaguna, Kompleks Al-Bukhary Alor Malai, Alor Setar Kedah iaitu bersebelahan dengan Masjid Al-Bukhary.  Program yang julung kalinya diadakan anjuran Unit Hubungan Kakitangan dengan kerjasama Biro Agama & Kebajikan Kelab Bernas Malaysia dan dengan pelaksanaan oleh KBM cawangan Kedah telah membariskan qari dan qariah dari seluruh cawangan BERNAS Malaysia. 

Lebih manis lagi Majlis Tilawah  Al-Quran ini jatuh pada tanggal ulang tahun kelahiran BERNAS yang mana disertakan juga majlis tahlil dan jemaah di Masjid Al-Bukhary. Majlis ini diadakan selama 2 hari iaitu hari pertama adalah peringkat saringan manakala hari kedua melayakan seramai 4 qari dan 4 qariah berjaya memasuki peringkat akhir. Tahniah dirakam kepada semua peserta dan barisan AJK yang berjaya melancarkan perjalanan program. Semoga program2 sebegini akan diteruskan bagi melahirkan warga kerja yang bukan sahaja cemerlang tugas hariannya malah seimbang dengan ilmu duniawi dan akhirat nanti. InshaALLAH.
bersama dengan Tn Hj Amiruddin, Pengerusi Program

bergambo dengan sebahagian qariah dan AJK

ketibaan Ketua Pegawai Kewangan dan Presiden KBM

barisan AJK lelaki yang segak dengan baju kebangsaan

makan malam sebelum majlis bermula

menuju ke Masjid Al-Bukhary untuk jemaah Maghrib dan Isya'

wargakerja BERNAS hadir memberi sokongan


mr Bob and mr Serituah

AJK segak sedondon

majlis tilawah bermula, dirasmikan oleh Pengarah Urusan

diserikan dengan persembahan nasyid


Johan Qari: Mohd Sabri Bin Noh (Kedah 2)

Naib Johan Qari: Mat Isa Bin Ismail (Perak)

Ketiga Qari: Abdul Rahim Bin Abdullah (SOUQ)

Keempat Qari: Saifudin Bin Jinal (Sarawak)
mr Marwan.. our KBM HQ's YDP antara peserta kegemaran

Johan Qariah: Mastura Bt Mohammad (Kedah 2)

Naib Johan Qariah: Sharina Bt Ismail@Othman (Wilayah Persekutuan)

Ketiga Qariah: Zarehan Bt Abd Rahman (Wilayah Timur)
Keempat Qariah:Siti Arija Wardati Bt Mohd Rosli (Wilayah Timur)

cenderahati buat Pengarah Urusan
Peserta KBM HQ bergambo bersama VIP dari HQ

Wargakerja HQ yang turut sama hadir memeriahkan program

bersama dengan AJK KBM Pulau Pinang

last but not least... barisan AJK program bergambo kenangan

TAHNIAH kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Majlis Tilawah Al-Quran ini.

Koleksi gambar di Facebook KBM HQ, album Majlis Tilawah AlQuran BERNAS 2012, 7 Julai 2012

No comments:

Post a Comment