mrs Cyana with favourite black shayla
Assalaam alaykom sisters...Pabila menjelang Ramadhan, ia merupakan detik bermakna buat saya kerna pintu hati untuk berhijrah berlaku dalam bulan yang mulia ini. Alhamdullillah. Apa yang berlaku kini dengan fenomena hijabista tidaklah janggal kerna wanita amat sinonim dengan kecantikan dan fesyen. Bagus juga jika 'sisters' di luar sana memilih untuk berhijab jika sebelum ini tidak. Sekurangnya bermula dengan minat memakai skaf atau turban atau apa sahaja yang bisa menutupi rambut mereka. Mungkin sesekali agak jelek bila mana mengetahui ada yang berhijab mengikut trend semasa.. owh... PLEASE DON'T!!!!
Dewasa ini juga sering kali terpapar di akhbar para selebriti berhijrah. Dengan hanya mengenakan hijab mereka mendapat liputan meluas sehinggakan sering dipanggil berkongsi pengalaman namun lebih membimbangkan trend berhujah di pentas politik... erm yang mana saya berpendapat lebih manis tidak turut serta kerna dunia hijab dan dunia hijrah keluar dari kepompong zaman gelap dengan platform politik adalah sesuatu yang berbeza. hmm.
btw....sebentar tadi seorang sahabat lama menegur saya di FB... owh sahabat sebangku sekolah dahulu, katanya...
" dulu sis pakai pinafore ek..
la ni..alhamdulilah...syukron...comei berhijab..
5 bintang utk sis.." -- jazzakallahukairan.
Mesej yang sering diterima dari sahabat2 lama. Mungkin perubahan penampilan amatlah ketara dimata mereka. Berkat doa kalian semua.
Subhanallah!!! ALLAH swt MAHA Penyayang yang menyayangi hamba kerdilnya ini dengan memberi hidayah pada tanggal 12 Oktober 2006 lalu yang mana jika dihitung tahun ini bakal melangkah ke tahun Enam saya berhijab. Alhamdullillah. The most important reason is because I told to do so by ALLAH swt who knows us better than we know ourselves.
Alhamdullillah. All praises to ALLAH.
No comments:
Post a Comment