Friday, July 6, 2012

* A Shoulder to Cry On *

"Dalam hidup ini... Harungi semua cerita indah ku
Saat-saat remaja yang terindah
Tak bisa terulang...
Kuingin nikmati..
Segala jalan yang ada di hadapku
Kan kutanamkan cintaku kasihku
Agar ku bahagia"

KuBahagia by Melly Goeslow
 
friendships

Assalaam alaykom... Rindu sangat rindu! Rindu untuk berceloteh seperti biasa.. namun sejenak terasa kaku untuk menaip, terasa kontang idea seperti tidak bisa berbicara walhal baru sahaja beberapa hari tidak menjengah disini. hmm.. Benar saya lebih gemar menulis ketika hati gembira ketika bibir mengukir senyuman sampai ke telinga. Kerna jika hati terang ayat juga ceria, jika hati gelap ayat pastinya menghentam sahaja. hmm. Harus saya pastinya perlu sentiasa peka dengan situasi semasa, apa yang berlaku disekeliling amatlah mempengaruhi hati dan jiwa dan kerna itu juga saya memerlukan sahabat sebagai tumpangan bahu untuk menangis atau tempat meluahkan rasa... namun apa yang pasti sahabat itu tidak mungkin bisa mengganti tempat Insan Tercheta.. Itu yang jelas dan pasti. hmm. 

btw... KuBahagia adalah lagu bersama ketika masing2 mengharungi dunia remaja yang penuh pancaroba. owh..sahabat yang dimaksudkan adalah miss Amilia yang saya sendiri tidak pasti akan membaca atau tidak entry ini. Walaupun bersahabat karib, tidak semestinya hobi atau makanan kegemaran pun sama. Warna favourite juga berbeza.. kerna kami mempunyai citarasa tersendiri. Masing2 mempunyai kehidupan yang berbeza dan pabila ketemu pastinya berbicara tanpa noktahnya. Ketika ini miss Amilia sedang bercuti sakit kerna mendapat rawatan pembedahan kecil di hidungnya. Semoga miss Amilia cepat sembuh dan kembali ceria seperti biasa. Thanks for being next to me dear!!! Thanks Babe!

No comments:

Post a Comment