Assalaam alaykom... hanya lagi beberapa jam Ramadhan bakal menjengah tiba, minggu lepas sempat pulang ke kampung halaman bagi memenuhi tuntutan tugas merakam kerja kawen. Maka selepas kerja, terus bergerak pulang... owh, macam biasa jika perjalanan di malam hari pastinya hubby Moose yang menjadi pemandu wifey jadi tukang tidur sahaja. opps! Alhamdullillah selamat sampai pada lewat malam dengan kadar pemanduan agak laju.. hmm. {Blasoo the racer ya!} Sampai sahaja terus bertemu dengan Penang Clan yang setia menanti sahabat photographer mereka. {sempat layan keropok lekor... nyum nyum}
Pagi Sabtu yang indah, hubby Moose & brother Joe pergi ke majlis kawen manakala mrs Cyana perlu menggantikan jawatan kosong di Joe Cafe'. Bayangkan berapa lama tidak mundar-mandir, sekali ramai pula pengunjung di hujung minggu, pulang malam pastinya sudah keletihan. Namun diubat dengan kehadiran si comel-comel yang lucu melihat telatah mereka. Pagi Ahad pula lebih indah bila mana sempat bersarapan di Transfer Road.. pastinya roti canai banjir menjadi idaman. Aktiviti sangat padat sampailah ke malam hari dan sekali lagi wifey akan menjadi tukang tidur, hubby Moose memandu seorang diri ditemani alunan lagu 'brother Opick'. Syukur kami selamat sampai di Baitul Ar-Rahmah pada jam 4.30 pagi.. rehat sebentar kemudian terus bangun untuk memulakan minggu baru dengan ceria.
breakfast with ABAH
antara lauk-pauk di Joe Cafe'
rezeki ada tempahan nasi berpuluh bungkus
keletihan diubat dengan kehadiran si comel lil' Rayqal
perjalanan menuju ke tempat sarapan
my town
kedai Nasi Padang di Transfer Road
lil' Rayqal yang serius mukanya.. hehe
brother Joe's family
lil' Rayqal with aunty Cyana
uncle Chab sibuk melayan lil' Aiman
hubby Moose's favourite
oppss!!! dah licin!
bunga raya ABAH
petang hari bertemu brother Unjie, team video
Ketua Menteri's car.
Malam hari sempat singgah di Tropfest Penang Festival @ Botanical Garden
Malam hari sempat singgah di Tropfest Penang Festival @ Botanical Garden
then singgah makan lagi sebelum pulang
menarik ejaan lama.. hehe
bandar George Town di malam hari
Kami bertolak pulang pada larut malam. Walau sedikit keletihan namun bila bertemu keluarga terchenta pastinya terubat kerinduan. SMILE!!!
No comments:
Post a Comment