Assalaam alaykom... my colorful hijab cheer me up!!! YES I AM! Sudah menjengah ke bulan Julai dalam kalender Georgian... bulan Ramadhan juga bakal menjelma tiba. owh... seharian ditemani mr iPhone seperti bersama dengan pemilik asalnya iaitu hubby Moose. Maka kemana sahaja mrs Cyana pergi pastinya hubby Moose sentiasa disisi walaupun fizikal kami berjauhan. Benar hari2 saya semakin ceria kerna gembira dalam dunia sendiri... dunia maya dengan hanya menonton kepingan gambo. Bisakah begitu? hmm.
Benar kita tidak bisa mengawal kesemuanya... perkara2 diluar jangkaan juga pastinya diluar kawalan kita. Harus bagaimana untuk memenuhi kehendak hati semua orang di sekeliling kita? hmm. Pastinya setiap dari kita akan mempunyai cara tersendiri untuk menghiburkan hati. Ketika stress dengan kerja, stress dengan kehidupan semasa... seharusnya kita mempunyai sahabat untuk berbicara dan meluahkan rasa. Ada ketika saya juga menangis sendirian di dalam jiwa walaupun bibir mengukir senyuman. Namun percayalah saya sentiasa berusaha memikirkan perkara positif, semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Semua yang dilalui ada tujuannya kerna hidup tanpa pancaroba pasti membosankan. hmm. Yang penting komunikasi dan saling mempercayai adalah kunci utama dalam persahabatan. Dan dalam persahabatan kejujuran adalah amanahnya. Cheer me up with a smile!
posing senyum sama je..cantik tudung
ReplyDeletemama tisya.. well trained. angle sama jek tp hari lain2. kelakar pun ada gak.. hehe
ReplyDelete