Monday, July 30, 2012

* GGO's Iftar @ Noodle Station *

Assalaam alaykom my dear GGO!!! Gembira setelah sekian lama tidak bertemu kalian. Pastinya pertemuan iftar bersama telah dirancang lebih awal oleh our planner miss Kantan kerna risau jika hujung Ramadhan masing2 sibuk dengan program terutamanya Kenanga yang pastinya sibuk dengan acara shoppin'. {eh.. tema seluar Kenanga color apa ya? hehe}. Pity me, last minute hubby Moose terpaksa menarik diri atas tuntutan tugasan di hujung minggu, maka mrs Sunflower hadir mengikut tema bunga matahari. hiks!

btw.. Happy 4th Anniversary to GGO!!! Alhamdullillah persahabatan kita terus terjalin walaupun kini tiada lagi email berantai kalian.. {rindu pula kan?}, kami ditemani WhatsApp... syukur teknologi memberi ruang untuk kami berkomunikasi dengan lebih cepat dan pantas sejajar dengan perkembangan masing2 yang agak sibuk dengan tugasan harian. Iftar tahun ini merupakan yang majlis iftar kelima dan pemilihan tempat hanyalah di SACC Mall, Shah Alam agar bisa shoppin' dan makan. hiks! 

mrs Sunflower in Yellow mode!

 
restoran pilihan juga mengambil tema semangat matahari iaitu di Noodle Station. hehe

one of my fav restaurant

antara yang hadir... mr Zizo a.k.a Kenanga

miss Dewi a.k.a Kemboja
miss Yun a.k.a Kantan
mrs Sazulya a.k.a Harum Sundal Malam

 
mr Adi a.k.a Abg Soljer
pic wajib kami... Sunflower & Kantan
 
gadis2 yang semuanya sihat belaka.. ahaks!
{rindu-la coretan Kak Gee!!}

setiap pertemuan pastinya ada souveniors!!! hehe

thanks mrs HSM... souveniors cute!

mine oh mine!

tomyam fried rice and ice tea

 
then sesi window shoppin'... jubah for hubby Moose? hmm.
{tak sabar juga mahu melihat Kenanga berjubah tahun nie}

sambil shoppe sambil cari cermin.. ahaks!

okay... gurls pantang jumpa cermin beso ya...
semuanya mahu pose bersama! hiks!

GURLS in POSE!!! 
memandangkan BOYS ramai yang tidak hadir maka takde gmbo ya! hiks!

Happy Iftar! 
Happy Friendship! SMILE!

Saturday, July 28, 2012

* His BLACK toys *

Assalaam alaykom... dikala para muslim sedang sibuk 'shoppin'' raya, berlainan pula dengan Insan Terchenta saya yang sama sibuk 'shoppin' toys! Agaknya jika mengikut carta baju raya bukanlah keutamaannya, lebih penting gadget sumber rezekinya dan bagi memastikan karyanya memuaskan hati dan dihasilkan dengan lebih baik. hmm. Maka seperti tahun-tahun sebelumnya wifey yang sibuk mengatur warna baju, pattern baju, konsep baju, kasut, beg dan bla2x.. {susahkan jadi wanita yang cerewet.. ahaks!}. Pernah juga sesekali terasa mahu berada dalam mood 'tidak kisah' namun sesekali terasa itu bukan diri saya bila MAMA sendiri pernah menegur kecewa melihat anaknya yang kelihatan sedikit comot. erkkk!!!  Terus saya mengumpul kekuatan untuk kembali mengumpul semangat untuk kembali ceria dan sedikit cerewet seperti dahulu. hmm. 

okay... sementara hubby Moose sibuk mengkaji selidik toys, wifey seperti biasa tersenyum ditemani mr iPhone. Bezanya shoppin' hubby Moose nie barangnya semuanya berwarna hitam.. tadaaa...

 barangan video dan kamera

 
 camera lights

 cute kan?

 more and more equipment

 lenses!.. hmmm

 and body... hmm... So resultnya? Tunggu ya... hiks!

hari menghampiri senja, maka sudah hampir waktu iftar

 
happy iftar... my lovely iftar with mr Lurve! nyum nyum!

Jika hari shoppin' saya ditemani Insan Terchenta pasti lebih menarik bukan?.. ahaks!


* Me + Him *

 ME + HIM

Assalaam alaykom, enak bukan bersiaran dari kamar sambil mata sedang berangan mahu bermimpi otak pula sedang menghitung mahu menjamu apa untuk sahoor nanti. Enak lagi bila berpacaran dengan pasangan yang sama minatnya yang kadang ketika sama berebut mahu merakam 'moment' untuk koleksi Instagram. Wifey kecik berjiwa besar tu senantiasa berharap bisa menghasilkan gmbo setanding dengan hubby Moose. Mana mungkin otak saya bisa berfikir secara kreatif kerna hubby Moose adalah 'Kidal' yang mana beliau banyak menggunakan otak kreatif kanannya. Wifey pula berfikir menggunakan otak kiri yang banyak membuahkan fakta. hmm. 

Idola saya dalam bidang fotografi pastinya Insan Terchenta kerna koleksinya simbolik, kaya dengan 'shadow's signature' dan dalam setiap gambonya penuh penceritaan. Maka bila di minta senyum melihat cermin seperti gambo di atas, apa yang perlu di buat adalah pose! pose! and pose! ahaks! Hasilnya seperti dari kanta 'fish eye' walaupun hanya menggunakan khidmat mrs iPhone 4s sahaja. Memetik kata2 seorang sahabat tidak kisah kamera apa yang digunakan, apa yang penting mata yang dikurniakan ALLAH swt adalah pancaindera utama bagi melahirkan sesuatu karya. Semoga Ramadan ini keluarga kecil kami dihiasi dengan senyuman. InshaALLAH. 

Happy Ramadan to all Instagramers!!!

Friday, July 27, 2012

* my Ramadhan week *

Assalaam alaykom... terasa pantas benar masa berlalu bila sudah masuk hari ketujuh Ramadhan. Masih teringat minggu lalu sibuk memantau baju raya di SACC MALL, esok sudah masuk hujung minggu kedua pula. owh.. aktiviti seterusnya memandikan mr Blasoo yang sudah agak lama berlumpur.. {sangat comot kamu ya!}. Bila menghitung hari di pejabat lebih lagi terasa pantas masa berlalu memandangkan waktu pejabat bertukar dari jam 8 pagi ke 4 petang. Mulanya bila mendengar pulang jam 4 petang hati sangat gembira, rupanya salah tekaan saya. opps! Lebih ramai mungkin yang berpusu-pusu mahu pulang lebih awal. hmm. 

Jadual saya juga sedikit berubah, malam tidur lebih awal agar bisa bangun membantu IBU masak dan bersahoor dengan ikan segar. hiks! Kemudian mandi dan terus menuju ke stesen komuter supaya bisa sampai ofis sebelum jam 8 pagi. Lebih menarik bila hari2 semakin ceria ditemani mr iPhone dan minggu yang padat dengan mesyuarat juga dapat mengurangkan rasa mengantuk di bulan puasa. hiks.

Stesen komuter Seksyen 19 Shah Alam

masa menunggu tren

masa di dalam tren

 kemudian tukar tren menaiki LRT menuju KLCC

 owh.. waktu pulang petang, jalan raya sudah mula sesak. 
well...Shah Alam juga sesak!

 lebih gembira jika memandu ke ofis...
bisa bergambo di kala jalan sesak. ahaks!

 
waktu pulang melalui KESAS yang kurang sesak tetapi bayaran tol yang sangat MAHAL

sampai ke Baitul Ar-Rahmah lebih awal

 back to cerita komuter... 
layan Instagram bagi menghilangkan bosan 45 min dalam komuter

 jalan pulang ke Shah Alam

 koc wanita menjadi pilihan
 another lovely day in komuter

 jika tren kosong dapatlah duduk... else berdiri dari naik sampai turun
 
mrs Cyana ditemani missy Coach

 tempoh hari ada pemberian di Stesen Komuter Shah Alam

cantikkan? 

 prihatin sangat ker? atau membazir sangat?

 di dalamnya diletakkan tamar, biskut dan air. Tetapi saya masih merasa kotak yang tersangat cantik itu membazir.. hmm

 mrs Ika & mr Is dalam kursus!.. owh.. back to office's story

 rezeki bubur lambuk dari Kampung Baru di bulan Ramadhan

 meeting tyme!!!

going to meeting session with a smile!

tips of the day... SMILE!!! again and again!

mrs Cyana in black coat outfit.. my hubby Moose's fav piece!

 another zebra day... mrs Cyana in Abaya, well this is my fav outfit!

 my lil' Tiger juga nak pose untuk kakaknya.. hehe
ready for taraweeh.


this is my sahoor drink! Nescafe nyum!

 
last but not least... one of my fav piece in Instagram!! 

Alhamdullillah... menjalani hari-hari Ramadhan dengan tenang. 
Semoga setiap dari kita dapat membersihkan jiwa dan mendapat manfaatnya. InshaALLAH.