Tuesday, August 3, 2010

* mrs tender sooooo TENDER!!!! *

pic taken by mrs tender

Assalaam alaykom... berehat sebentar mata dan minda dari cerita kawen. Bercuti beberapa hari sahaja sudah cukup membebankan minda. Buka sahaja mata, otak pantas berfikir mahu menyusun kerja2 tender. Itu belum lagi dengan kerja2 tambahan, aktiviti sampingan. hehe. Sesekali terasa mahu berdiam sahaja... sebab otak terkadang tak bisa mahu memikir semuanya dengan serentak. hmmm... Lantas.. rehatkan mata dengan melihat kehijauan alam flora & fauna. {owh..itu sebabnya saya mempunyai koleksi daun hijau disekeliling tempat bekerja.. hehe}

owh.. balik dari bercuti, perkara utama adalah menguruskan meeting tender. Adush, jadualnya makin padat... menjelang Ramadhan, makin banyak "hot tenders" yang mahu diuruskan. Ditambah pula dengan meeting untuk merangka sistem kontraktor yang mahu dikaji semula. Okay, ini adalah kali pertama mahu menyertai mesyuarat ini...maka perlu pula membuat sedikit persediaan sebelum menghadiri meeting tersebut. Pastinya yang hadir mengandaikan mrs tender bisa menjawab semua soalan berkaitan "Procurement"... tetttttt!!!!!! Maksudnya semestinya score full marks kan Kenanga? hehe. Tapi implikasinya saya sendiri tidak pasti mana satu yang benar. Yang pasti, semua prosesnya harus TELUS!!!! hehe.

So tugasan sepanjang minggu yang sibuk ini, mencari maklumat mengenai tender, tatacara, apa tu kontraktor "Ali Baba"?, Apa yang dimaksudkan 'multi layer sub contracting"? hmm.. lookin' forward for a procurement course... tapi belum sempat lagi menghadiri mana2 course, kerna sejak transfer ke "Procurement Unit"... ratio meeting tender adalah 90%. grrrrrr!!!! Dengar seperti mudah saja uruskan tender? Tapi kalo nak urus se-Bernas dan seangkatannya, mahu bernafas juga separuh nyawa. huhu.

erm..semoga mrs tender a.k.a mrs Cyana tidak terlalu BLUR dikala meeting kontraktor nanti. Maafkan saya jika kurang mahir bercerita tentang "Procurement" kerna asasnya adalah "System Engineering"... kalo ditanya mahu guna language apa, interactive GUI, system interaction, user requirements...owh bisa dihuraikan sepanjang jela, ahaks! Anyway...I'll do my best...InshaAllah.

No comments:

Post a Comment