Friday, August 27, 2010

* INOVATIF via KREATIF *

Assalaam alaykom... baru sahaja selepas kembali dari kursus The Seven Innovations Program. erm... diringkaskan cerita, program ini menyampaikan kaedah untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif. owh.. untuk mencapai tahap mencipta sesuatu yang inovatif, anda haruslah kreatif. Adakah anda KREATIF? hmm.. Menurut kajian, setiap dari kita dilahirkan kreatif, cuma bagaimana caranya untuk kita mengasah bakat diri masing2. owh... Jika ditanya, hubby Moose lebih kreatif berbanding saya... beliau bisa melahirkan design yang menarik dengan menggunakan Photoshop...itu kekangan saya. Tetapi saya bisa menjadi kreatif secara manual dengan kerja menggunting dan menampal. hmm.. Kaedahnya adalah berbeza namun percayalah setiap dari kita mempunyai nilai kreatif yang mungkin terpendam di jiwa. ahaks!

Dan dari tujuh elemen tersebut, ianya sebenarnya berkait rapat dengan persekitaran kita, mungkin kita tidak menyedarinya.. hmm.. owh, bermula dengan Big Picture iaitu membenarkan kita menggambarkan suatu visi dan misi diri diikuti dengan Idea Spray, Smart Mirror dan sebagainya. erm...tetapi yang menarik minat saya adalah bila disebut tentang Pattern Break yang mana ianya adalah sesuatu pattern atau kebiasaannya yang sering kita lakukan cuma mungkin secara tidak sedar. Contohnya, cuba perhatikan rutin anda... jika di rumah, pasti akan duduk makan di kerusi yang sama. Setiap hari melalui jalan ke office yang sama... dan selalu akan parking kereta di tempat yang sama. hmm. Dan cuba juga sesekali anda memecahkan Pattern Break ini, pasti anda akan terasa kelainannya.

Selain dari itu, tools yang menarik minat saya adalah Clean Paper, iaitu bagaimana kita melakukan perubahan secara drastik... walaupun terkadang mungkin tak pernah terfikir untuk melakukannya.. namun ianya bisa berlaku. owh.. itu benar!!! berlaku ke atas saya, perubahan yang ketara pabila saya dari bidang IT bertukar ke bidang Admin. Take it positively!!

btw program ini banyak games dan lukisan untuk menterjemahkan maksudnya secara jelas dan nyata. {Sila abaikan lukisan diatas yer... itu berlaku pabila diminta menjadi kreatif melalui lukisan.. hehe}. Setiap satu dari lukisan tersebut membawa maksud tertentu yang dikaitkan dengan the Seven Innovation tools.

owh.. kelas sudah tamat... before pulang, mari pose dulu. hiks

our Dato'.. ketua kelas untuk program ini.. mr Azhar yang berposin' bangga di lakaran hasil kumpulannya.

tengok tu..meriah dinding. soooo colorful!!!

with mr Padli

bergambo kenangan sebelum pulang... SMILE!!!

big thanks to mr tutor yang tidak membuat we all jemu dengan pelbagai aktiviti. Sangat enjoys!!! Pulang dengan membawa lukisan dan senyuman. Semoga program ini dapat memberi manfaat dan membuat saya menjadi lebih kreatif. owh.. bagaimana mahu membentuk kreativiti? Anda harus berfikir, mengeluarkan idea2 dan bertindak dengan cemerlang. Mungkin anada akan tergolong dalam kumpulan innovatif yang bisa mencipta sesuatu yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat umum.

No comments:

Post a Comment