Tuesday, August 17, 2010

* iftar with loooovee *

Assalaam alaykom... gembiranya hari ini, pergi dan pulang kerja ditemani insan terchenta. Walau sekadar menghantar ke stesen LRT, tapi itu sudah bisa membuat hati gembira kerna tak perlu menekan pedal minyak. hehe. Kerna petang tadi asyik leka di dalam tren rupanya saya tersalah laluan.. oppps!!!! Almaklumlah confident ikut jek langkah orang2 di hadapan. Maka petang tadi adalah hari makan angin di dalam tren. huhu.

Kebetulan, petang tadi mahu mencari tiket bas ekspress di One Utama, sampai jek kaunter sudah tutup, pity US!!! Petang tadi juga melalui office lama di CP Tower.. wahhh!!! terasa kerinduan pula. Jika dahulu selalu sahaja mengadu sesak!sesak!sesak!... kini lagi SESAK!!!! huhu. Memandangkan jam sudah hampir waktu berbuka, maka terus singgah iftar di salah satu restoran berdekatan... Yang dipilih adalah Otak-Otak Place.

erm.. makanannya enak, suasana damai dengan kemundangnya lagu2 lama. Menarik lagi menunya berbentuk buku sekolah rendah. hehe.

hanya memilih Ramadhan meal...

so dapat agar2, otak2, dan tamar

my meal.. mee bandung muar... {tekak malaysian... ahaks!}

tora2 pun ada dijual di sini...sesuai untuk kenanga yang juga peminat permainan ding dang. oppss!!

owh... semestinya ditemani insan terchenta. Luv ya'.

No comments:

Post a Comment