Wednesday, December 23, 2009

* Merry go Round... JOM PESTA *

Salaam sisters & brothers...erm memandangkan kini di opis lengang, tempiasnya saya masih dalam mode cuti2 sepanjang bulan. Pasti ramai juga wargakota berada diluar bandaraya menghabiskan cuti tahunan bersama anak2. Dimana sahaja anda berada, saya doakan kesejahteraan & keselamatan anda sekeluarga.

Saya juga berkesempatan meluangkan masa cuti saya ke Penang, {bercuti di kampung halaman adalah rehat yang terindah kan?} owh, musim cuti sekolah menyebabkan warga Penang bertambah. Banyak juga keluarga yang memilih Penang sebagai destinasi percutian. Jika ditanya saya apa yang menariknya Penang? owh! pastinya MAKANAN!! tapi saya tetap juga menyatakan Penang the best!!!! {kalo tanya Kenanga, sure la jawab Ganu, Kanta jwb Kota Tuah, kemboja jawab Pantai Cempedak, mr nik jawab owh.. demo bley gi Golok... tanya HSM jwbnya..owhhhhh..BANGiiiikuuuuu!!!!}

erm..mestilah semua orang nak promote kampung masing2 kan? semuanya ada kelebihan. yang pasti Penang ada PESTA. Apalagi JOM pi PESTA!!! PESTA! PESTA! Masih ingat lagi sewaktu kecil perjalanan ke Pesta mengambil masa selama sejam atau lebih gara2 traffic jam. Almaklumlah dulukan jalan pun kecil...kini seluas alam. Sampai jek Pesta terasa berada di Kota Lampu Neon!! waahhhhh!!!! besarnya Pesta, penat berjalan tau. Bezanya kini PESTA itu sebenarnya tidaklah seluas yang disangka. Konsep masih sama... ada jualan CARPET, funfair, konsert, jualan gula2 hangus..and etc. hehe.

Kenapa dipanggil Tapak Pesta Pulau Pinang adalah kerana kedudukan tapak yang tidak berubah. Dan Pesta Penang hanya dibuka pada penghujung tahun selama sebulan sepanjang musim cuti sekolah. Kedai2 kecil yang dibina dan juga beberapa kedai unik yang mewakili negera2 di Asia Tenggara yang turut terlibat dalam pertunjukan kebudayaan masing2. Dan yang baru bagi saya tahun ini, ada jualan "Pasar Siam" seperti yang biasa dilihat di shoppin' mall sekitar KL. erm... barangnya murah2 tetapi lebih baik hanya membeli barang hiasan kerna jika membeli baju kualitinya adalah sangat kurang memuaskan.


okaylah.. berbalik cerita Pesta, saya berkesempatan membawa my brother in law Habibi and miss Sue pembantu MAMA. owh.. hubby Moose turut serta... wajiblah. mana bisa saya berpisah dgn buah hati kesayangan tu. hehe. tapi bila bab bergmbo... harus terlupa shoot gmbo hubby Moose. ahaks! "sorry CYG...Cie dah paning after pusing2 tu.. hehe"

susahnya mencari parkin'. we all terpaksa berjalan sket. huhu.
erm.. my mr photog mmg suka shoot dari belakang... hmm. takpe! yang penting nmpk saya.

"kak. 12 tahun kanak2 ka dewasa?" jawab kak tiket "kanak2."
"okay...3 besaq, 1 kecik"... totalnya RM11.
motif saya bertanya adalah my brother in law berusia 12 tahun, tapi tingginya sama saya. grrrrr!!!! so? mana tau Jaga Pintu tak bagi masuk pulak nnt. hehe.

cutie fish... wahhh!! yang nie kedai baru jual ikan dalam Pesta. laris tau.

sekali pandang ala2 kenanga dikala usia 65 tahun. ahaks.

brother Habibi paling excited.
sadly, lil' Aiman dah tidor, so tkde la kawan bermain di funfair nie.

makan gula hangus. yeay!

yang nie brother Habibi yang naik.. saya pernah sekali mencuba. hasilnya saya tidak mahu naik lagi. hiks.
the chalengger... mula2 berhajat jek.. tapi terasa scary tahap gaban jek tengok.

pose for mr photog!

pity him naik sorang2.. yang lain tak berani.. hiks.

sebab pusing macam nie yang buat saya nak termuntah tu.

saya dan miss Sue memilih utk naik buaian nie. Kali pertama saya naik buaian seperti ini di Genting. masa tu muda remaja lagi.. ala2 zaman baru tamat study. ingat tak kemboja?

terpaksa buka sandal.. kang melayang plak.

yeay! nmpk saya?

pusing lagi dan lagi...walhal tyme nie nak jerit STOPPPPPP!!!! PLEASSSSEEEE!!!!

adush! pusing makin tinggi dan laju... harus nyanyi "laju, laju, buaiku laju."

we two yang terakhir turun sbb dah pening. tak bertemu jalan pulang kot. haha

huhu... muka sewel jek. serius taknak naik lagi. end up terus pulang jek. hiks.

before pulang...wajib pose dulu. hehe.

owh...yang nie ceritanya the next day sewaktu menunggu bas ekspress ke Shah Alam di Stesen Bas Sungai Nibong. actually stesen nie bersebelahan tapak pesta jek.

jadual bas 2.15pm tapi semua bas lewat. Bas saya juga datang jam 3.15pm then gi isi minyak. end up jam 4.00pm baru bertolak dari Sungai Nibong.

dikala bosan...shoot gelagat orang2 di stesen nie.

finally... baru ada gmbo hubby Moose.

brother Habibi sepanjang hari bersama handphone jek. hehe

hubby Moose pula bersama cik lappy... hmmm.

tyme to go home. actually nie first tyme brother Habibi naik bas untuk perjalanan jauh.

brothers!

my drink

sms orang tersayang di sebelah.. hahaha.

sepanjang highway tu... beginilah keadaannya. situasi begini biasa jika musim cuti2.

sampai di Shah Alam jam 10.30pm...
alangkah bagusnya jika saya bercuti sampai hujung tahun. oppsss!

No comments:

Post a Comment