cutie blue by ME
Assalaam alaykom sisters.... perkara pertama yang terlintas bila perlu menghadiri majlis adalah mahu memakai baju apa? Temanya Arabian Night! Abaya adalah pilihan pertama selain dress untuk majlis makan malam. Dengan ruang masa yang sedikit ini sedang berangan-angan mahu memilih pakaian yang praktikal dan mudah kerna saya perlu hadir ke majlis selepas waktu pejabat. owh.. kasut juga memainkan peranan bukan? seperti mana saya sedang berangan mahu menambahkan koleksi kasut. oppss!!!
btw... petang tadi hati sedikit teruja melihat perancangan aktiviti KBM Pusat tahun depan. Alhamdullillah saya diberi kepercayaan menerajui Biro Wanita. Semoga semua perancangan berjalan lancar walaupun ketika ini sedang sibuk dengan tugasan tender tahunan. hmm. well well...I need energy! I need to cheer up! Saya mahu cas negatif jauh dari diri! Saya mahu melihat senyuman sesegar embun pagi. Kerna itu perkara pertama yang akan saya lakukan setiap pagi adalah mengukir senyuman agar tidak merasai keletihan walaupun sesibuk mana harinya.
owh... walaupun melihat replika kasut ianya bisa mengukir senyuman! erk.. nampaknya masih belum menjawab soalan What to Wear kan? SMILE!
No comments:
Post a Comment