Monday, November 26, 2012

* hectic *

mon.day @ Federal Highway

Assalaam alaykom... penat seharian sangat terasa bila mana beberapa jam dihabiskan di atas jalan raya dengan menekan minyak tidak melebihi 10km/j. Mungkin itu adalah lumrah bekerja di Ibu Kota Kuala Lumpur. Perjalanan pergi dan pulang kerja sahaja mengambil masa purata tiga ke empat jam, jika mahu kurangkan masa maka terpaksa melalui lebih banyak plaza tol. hmm. Tetapi jika dalam keadaan kesesakan seperti petang tadi, masa biasa hanyalah 2 minit telah berubah menjadi 20 minit bagi pergerakan yang tidak sampai 2 km. haih!

Musim cuti sekolah ini membuatkan hati sedikit gembira kerna tidak perlu melalui kesesakan yang teruk namun kesesakan lalu lintas bisa menjadi lebih teruk pada hari hujan. huhu. Kadang kala kepenatan itu datang bila terpaksa melalui kesesakan bukannya kerna kepadatan kerja. owh... my hectic days at work masih bisa membuat saya tersenyum kerna kebiasaannya saya akan berada di dalam sidang mesyuarat dengan kehadiran panel berbeza. owh pastinya saya akan selalu senyum ... agar hectic mana sekalipun minda tidak penat kerna mindalah yang akan mengawal emosi dan pergerakan kita. 

Bila melihat kepada jadual terasa setiap detik itu sangat berharga. Semuanya mahu dilaksanakan seperti yang dirancang sebaik mungkin. Apa yang perlu adalah fokus! Bila fokus kepada mahu melakukan sesuatu, pastinya ia akan membuat hari akan sempurna. So Cyana... please focus!! focus dengan apa yang dikehendaki bukannya apa yang dihajati. okay... kasut! kasut! kasut! ehhh! just kiddin'.... chill babe!

 

3 comments:

  1. sbr la ye kak..haha..normal la tu idop kat kota raya..:D

    ReplyDelete
  2. brother Lokman... biaso la tu...sesekali menguji kesabaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..bkn sesekali..tp ley katekn tiap2 hari.ye dak?:P

      Delete