the Moon!
Assalaam alaykom... sejenak seperti malas mahu berbicara, entah ke mana perginya kekuatan diri. Entah kenapa sekian hari mata senantiasa memilih berehat sahaja. Adakah kerna hormon pertengahan usia yang katanya badan tidak cukup tenaga kerna kekurangan vitamin atau perlukah disokong dengan kologen atau sebaliknya. Atau adakah kerna naluri hati yang memilih untuk membiar sahaja mata menguasai minda? Namun mata tidak pernah leka pabila memandang ke langit yang disinari cahaya bulan. Bila sahaja mata memandang ke langit terasa hati lebih tenang dan bibir bisa mengukir senyuman. Sepenat mana badan penat lagi rasanya minda penat lagi rasanya hati sanubari yang terguris rasa. Benar seperti pertanyaan miss Tender petang tadi kenapa agaknya kami tidak bisa memarahi orang yang membuat kesalahan atau jika marah pun tidaklah sekeras mana bunyinya. Tetapi orang bisa memarahi kami yang mana pastinya akan berbalas dengan senyuman. hmm.
owh.. yang pasti saya tidak suka memilih untuk bermuram atau memarahi seseorang lebih lama kerna saya percaya ianya akan memudaratkan kedutan di muka atau ton bicara juga akan abnormal tanpa ada rasa ceria tanpa ada senyuman di jiwa. hmm. Mungkin benar kata yang sentiasa ketawa itu ada yang tersirat sebaliknya kerna cuba menyembunyikan rasa kecewa yang benar-benar KECEWA. hmm.
No comments:
Post a Comment