Friday, November 30, 2012

* Sista Nite Out *

Assalaam alaykom sisters....malam ini gembira bila sekali lagi dijemput menghadiri 'Sista Nite Out' walaupun hanya berkumpul di Restoran Hakim Seksyen 7, Shah Alam. Ideally mahu meraikan 'The Twin Sista... Adik & Kakak' yang akan pulang ke Sungai Petani dan hajatnya mahu makan capati. Tetapi biasalah sampai sahaja menu lain yang di order.. hiks! Sama seperti saya yang menjamu roti naan dan ayam tandoori! {haih siang malam ayam! opps!} Yang penting pertemuan kami bisa membuahkan senyuman bila mana Kakak dengan lograt Utaranya berkata "Kami suka dengar suara Kak Cyana yang kecik dan nyet nyet nyet"... {ehhh? thats ME!!! macam mana bunyi tuh? blushin'!}

Seketika terasa beban kerja terus hilang. Jika dari pagi sehingga ke tengahari muka saya ditegur seperti singa kerna ketika itu sedang khusyuk menyiapkan kerja. Mungkin kelihatan sedikit masam memandangkan perut juga sedang mendendangkan lagu keroncong. Selepas tengahari, mula terdengar suara setelah menjamu selera dengan nasi kukus ayam sedap... nyum! nyum! nyum! thanks to miss Tender... you make my day! {Patut letak dalam HKU kamu capaian buat kelakar adalah sebanyak 30%.. hahaha} Yang penting bila kerja selesai pastinya hati tenang.... owh.. jom layan gambo 'Sista Nite Out'...

my meal.. roti naan and tandoori chicken!

 
with the Twin sisters.. Adik & Kakak!

antara yang hadir

peace! peace!

posin' tyme!

free styler sista!

 
pose ayu.. bak kata director a.k.a Maksu berbaju Hijau yang rajin melayan anak2 saudaranya

'Sista Nite Out' in pose!

Untungnya kami tinggal berdekatan maka lebih senang bertemu walaupun mendapat jemputan pada saat akhir. Anyway... All the best to Adik & Kakak! Jika datang KL nanti boleh kita berkumpul lagi.

1 comment:

  1. bestnyer dapat keluar ramai2..syana,dah besar dah adik kakak tu..dulu masa dil mudo2.jumpa di rumah tok baba dan tok mami.kocik je..suka dengar depa cakap utara tu...hehehehe.....

    ReplyDelete