best. buddies
Assalaam alaykom... pastinya ketika ini wajah disuntik dengan senyuman kerna setelah beberapa tahun kami bersama sebagai Sahabat, inilah kali pertama kami memiliki kasut yang sama! sama bentuk dan sama warna! well well... sebenarnya saya bukan seorang yang akan bersetuju membeli barangan yang sama dengan insan2 terdekat. Jika membeli barangan yang sama pun pastinya warna atau bentuk berbeza. Itu biasa berlaku pabila memiliki baju atau hijab yang mana sesekali berkongsi citarasa dengan all my Sisters in Law. owh.. teringat lagi bila kali pertama mahu membeli barangan yang sama dengan kakak dan adik ipar, saya sangat teruja. Itu mungkin kerna dahulunya saya tidak pernah mempunyai rangkaian barangan serupa dengan keluarga memandangkan saya seorang anak perempuan tunggal dalam keluarga. hmm.
Bak kata miss Amilia..."Its hard to explain how a new pair of shoes simply makes
a woman smiles. (smilin')". YES!!! we're smilin'! Kasut bisa membuahkan senyuman! Kuasa sepasang kasut kepada wanita tambahan dengan suntikan sentimen persahabatan pabila memilih barangan yang sama walaupun sebelum ini kami masing2 mempunyai style berbeza. Merujuk kepada kata2 pakar perunding imej mrs Maryanni petang tadi... imej seseorang itu merangkumi tiga perkara iaitu penampilan, pewatakan dan komunikasi. Semuanya berkait rapat bagi mewujudkan imej positif. Oleh itu salah satu elemen penting yang membawa kepada kejayaan adalah imej individu tersebut. Kerna itu juga 'first impression' adalah penting terutamanya sewaktu temuduga. Kerna itu maaf bila saya lantang pernah menegur rakan lelaki yang memakai stokin yang berlainan rupa. Hasilnya mereka peka selepas teguran itu. Benar saya sedikit cerewet dalam membuat pemilihan pakaian, aksesori dan barangan walaupun ianya klip kertas. hiks! {klip kertas cute berwarna-warni adalah suntikan semangat untuk bekerja di samping dokumen agar tidak bosan dengan warna muram sahaja}.
Hasil penilaian style petang tadi, mrs Cyana tergolong dalam kategori Natural iaitu sentiasa memilih 'basic color' dan rangkaian easy-to-wear, sedikit tempias kategori romantik bila mana sesekali memilih warna-warna dan design dengan sentuhan glamour dan mempunyai sedikit citarasa classic kerna saya juga tergolong dalam memilih berpakaian berton warna sama setiap hari. ehh... sedikit tersasar dengan cerita... anyway mimpi senyuman. Chill babe!
patut la Cik Nila aku happy semalam. dapat kasut yang memang aim dari raya aritu. hehehe...
ReplyDeleteBro.. itu semestinya tambah plak bila dah aim lama. hiks
ReplyDelete