Saturday, November 26, 2011

* cerita Kerja *

hari bersama tren

Assalaam alaykom... sesekali bila badan dilanda keletihan, pasti tidur pilihannya. Rehat! Rehat! Rehat! Dan salah satu cara saya berehat iaitu menconteng cerita di blog. Enak bukan? Penat terus hilang... hmm. Terkadang rasanya rindu masa seperti dulu 'duduk dan klik', sampai hilang arah mana mahu diklik. Tetapi hari ini jika dapat klik baca berita itu sudah cukup indah kerna itu maksudnya saya mempunyai masa. Namun ada ketikanya rasa disakiti bila ada yang hanya tahu mengkritik... tetapi cuba anda pula ditempat saya, harus bagaimana jika saya perlu membuat membuat beberapa tugas dalam satu masa? hmm. Diringkaskan cerita lebih baik saya mempunyai kertas contengan dari saya tidak mempunyai nota. Owh... hari ini sedikit emosi, mungkin badan letih... banyak pula cerita itu dan ini semuanya mahu serentak. Sampaikan terkadang seakan rasa mahu BERHENTI dari melakukan apa2. Kerna itu juga maaf jika saya bersuara lantang bila cuba membela diri.. kerna saya tahu di mana kedudukan saya dan kerna saya tahu saya bekerja bukan hanya tahu bercakap kosong tanpa membuat apa2. Dan sekiranya anda bisa membuktikan anda lebih bagus...silakan! Jangan hanya menjatuhkan orang lain kerna anda itu hanya tahu mengeluarkan kata2. owh... mungkin saya dilihat senantiasa tersenyum, namun jangan sampai saya bersuara dan tidak lagi menghormati anda. Kerna bila mana saya bersuara itu akan keras bunyinya. hmm.

Realitinya tekanan kerja yang banyak lebih bagus dari menerima tekanan bekerja dengan individu bermoral rendah yang tidak bisa membantu meningkatkan produtiviti orang lain. SABAR!!! benar itu kuncinya. Mungkin dengan sabar itulah saya masih berdiri teguh di sini. Tetapi saya juga perlu memikirkan sama ada mahu mencari tapak baru agar kareer lebih berkembang dan dapat bersaing secara positif dan sihat.


No comments:

Post a Comment