Assalaam alaykom... kembali bercerita sambil melayan hari cuti di hujung minggu. Gembira bila tiba penghujung tahun, banyak public holidays... namun bila di congak hanya beberapa jam sahaja lagi menjelang tahun bau Masihi dan bakal juga menyambut detik tahun baru Georgian. hmm. okay, quick entry seperti sepantas masa berlalu... sekadar coretan harian perjalanan.
Last wednesday adalah hari tanpa henti aktivitinya. Bermula dengan mesyuarat yang bermula seawal pagi dan tamat menjelang jam 3 petang. Itu adalah senario biasa mesyuarat Opening tender yang mana kdang tidak bisa di jangka masanya. Jika sampai malam maka semua ahli juga perlu pulang menjelang malam. hmm. Sesudah mesyuarat, menyiapkan apa yang patut sebelum meninggalkan ofis lebih awal dek kerna mahu terbang ke Negeri Di Bawah Bayu. Senario sebagai Sekretariat kadang kita tersepit juga.. benar pihak Sekretariat yang menentukan tarikh mesyuarat namun realitinya perlu juga mengambil kira kesesuaian masa ahli yang akan menghadirkan diri ke mesyuarat. Mudah sahaja...keutamaan saya mengadakan mesyuarat tetapi keutamaan ahli lain adalah rutin kerja mereka. Dan bila masa mesyuarat tender di tempat kedua, maka pihak Sekretariatlah yang akan menanggung semua kebarangkalian masalah yang mungkin timbul dek kerna pertukaran ahli di saat akhir, perubahan masa dan seumpamanya.
btw thanks to hubby Moose yang sudi menghantar wifey ke Airport. Dan enaknya sempat menghabiskan masa bersama sekurangnya layan makan2 sambil berbual sambil melihat permandangan alam sekitar yang masih hijau segar. Selepas hubby Moose hantar, wifey check in lebih awal...so bley la online sambil menghilangkan kepenatan setelah seharian berkeliaran di ofis. hehe.
sendirian sambil ditemani mr BTorch
menuju ke gate B
tyme to fly
sampai bandar Kota Kinabalu di tengah malam.... Zzzzz... sleep tight!!!
mulakan pagi dengan senyuman... ready to work!!!
breakfast di hotel dengan menu yang sama.. hehe
berjalan ke ofis yang hanya beberapa blok dari hotel
segar mata memandang
ruang jalan kaki yang dipenuhi pokok2 besar
Apartment yang bisa di sewa
Meeting seharian sampai ke petang... huhu.
Sebelum pulang dinner dengan miss Marvic
Air Asia kini juga perlu self-chek in. Memandangkan MAS penuh, maka memilih pulang dengan Air Asia. Perlu segera pulang kerna esok ada mesyuarat Central di HQ. huhu.
check in check out.. hehe
berat beg... masukkan kargo, meringankan bahu. hehe
tyme to fly.... argghhhh!!!! macam pasar malam jek di terminal nie.
safely arrived! Alhamdullillah.
Rindunya mahu bertemu dengan lil' Rayqal...
wait for aunty Cyana & uncle Chab ya.
wait for aunty Cyana & uncle Chab ya.
No comments:
Post a Comment