Assalaam alaykom... benar seperti kata 'malang tidak berbau"! Beberapa hari lalu mata kiri berkelip-kelip... orang kata sesuatu yang mungkin buruk akan berlaku. Entahlah saya kurang percaya ramalan sebegitu tetapi jika ianya berlaku mungkin sudah tersurat dalam diari hidup kita sesuatu ujian dan musibah berlaku. hmm. Pagi tadi memandu seperti biasa selepas menghantar hubby Moose ke tempat majlis. Mengikut perancangan, petang nanti akan bertemu beliau kembali di tempat majlis. Menuju pulang tiba-tiba berlaku kemalangan. Sebuah motorsikal membawa muatan susu segar telah merempuh Blasoo di pintu belakang sebelah driver. Pastinya kejutan itu membuat saya berhenti dan bertanyakan khabarnya. Mungkin juga berasa bersalah kerna jalan itu adalah kawasan kekerapan kemalangan tinggi yang melibatkan selekoh tajam dan melibatkan pertukaran laluan. Sepanjang satu jam di situ, saya memerhatikan semua kenderaan akan menukar laluan di tempat yang sama seperti yang saya lakukan. Dan pabila motorsikal itu merempuh pintu belakang, mahu atau tidak kesalahan tetap dilakukannya walau sekalipun beliau mengatakan saya bersalah melanggarnya... Itu adalah ''blind spot' yang kita tidak bisa nampak secara nyata. Tiba2 terkejut pabila melihat motorsikal sangat rapat menghampiri Blasoo.. hmm.
Namun dek kerna perikemanusiaan, saya tetap terus berdiri di situ dan cuba menyelesaikan masalah. Penunggung motorsikal yang kerjanya sebagai 'runner' a.k.a penghantar susu menunggung motorsikal dengan kadar laju.. tetapi dek kerna melihat beliau luka di tangan dek kerna terjatuh dari motorsikal, maka saya menawarkan untuk membawa beliau ke klinik. Namun beliau enggan dan tetap mahu menunggu ketibaan abangnya. Di pendekkan cerita, akhirnya yang tiba di tempat kejadian adalah majikannya yang lebih memahami situasi, abangnya sekeluarga yang agak mahu menekan dan menyebelahi adiknya, majikan pemilik susu yang dibawanya dan seorang rakan yang melalui kawasan itu. hmm.
Dan bila keadaan sebegitu yang mana saya pula keseorangan tanpa dibela, mereka cuba menekan saya untuk membayar sepenuhnya. Ketika itu saya mahu menyelesaikan masalah dengan kadar segera dan memudahcara, namun pabila mereka mula menekan... perlu juga saya nyatakan pendirian bahawa bukan kesalahan saya melanggarnya. Saya masih lagi bisa mengawal emosi dan cuba menyelesaikan dengan baik. Dan saya tahu bila berbicara dengan sesetangah orang, jika saya beremosi atau meninggikan suara.. mungkin akan lebih tegang jadinya. Dek kerna hal kecil dan tidak mahu berlarutan, saya mengalah membayarkan kos rawatan dan kos membaiki sedikit kerosakan minima motorsikalnya... tetapi jika mahu saya membayar kos kerugian susunya, itu adalah melampau kerna saya juga harus menanggung kos pembaikan Blasoo yang bercalar sedangkan beliau juga dianggap bersalah kerna melanggar. hmm.
Walaupun terkedu seketika... saya tetap gembira kerna bisa menyelesaikan masalah dengan baik, dan pengalaman itu yang lebih bermakna... membuatkan saya lebih tabah. Peace.
kalau banyak cakap sangat, bawak g balai je, report kes sebenar.hehehe...
ReplyDeletebro.. aritu nerbes... lain kali dah tau la action taken.. hehe
ReplyDelete