Monday, March 8, 2010

* Khas buat WANITA bernama TOK MAMI TEH*

Assalaam alaykom...sempena menyambut Hari Wanita Antarabangsa yang diraikan pada tanggal 8 Mac, entry ini ditujukan KHAS kepada seorang WANITA yang bernama Teh@Puteh Omar yang kini sedang tabah menentang penyakit tuanya. Ketika entry ini ditulis, beliau masih lagi berada di kamar yang tertera dengan keadaan kesihatannya yang tidak menentu.

Beliau yang dimaksudkan adalah seorang Wanita merangkap IBU merangkap Nenek kepada hubby Moose yang digelar Tok Mami Teh. Sinonimnya gelaran Tok Mami merujuk kepada nenek yang berdarah kacukan berasal dari Pulau Mutiara. Maka bila berbicara dengannya, anda pasti mendengar loghrat negeri yang begitu terkenal dengan masakan 'gulai ikan'.

Tok Mami seorang Wanita yang telah menjalani zaman kanak2, remaja, parenthood dan kini sedang meniti usia emasnya. Sungguhpun saya hanya sempat berkenalan dengan Tok Mami dikala beliau sudahpun memasuki fasa nyanyuk.. tetapi banyak cerita yang saya kumpul dari anak2 dan cucu2nya. Hubby Moose sendiri adalah salah seorang cucu yang sangat gemar ke rumah Tok Mami ketika kecil dahulu kerana 'Peti Ais Tok Mami' yang mempunyai tarikan tersendiri. hmm..itu adalah kenangan buat setiap cucunya.

Masih ingat lagi ketika saya mula bertemu dengan Tok Mami... dialog ringkasnya berbunyi:

Tok Mami: Awat hang cari bini kecik?

hubby Moose: tapi Cyana pandai masak Tok Mami.
{ayat menyedapkan hati orang tua yer, walhal ketika itu saya tak pandai masak.. hehe}

Tok Mami: owh...ha tkpa, kecik pun comei... {so saya senyum sahaja}

Hakikatnya beliau seorang yang lantang berkata2. Saya tidak pernah sekali mengambil hati, kerna warga dahulu sememangnya amat mementingkan ciri2 rumahtangga jika memilih calon isteri.

Dan hakikatnya setiap kali Tok Mami menjamu masakan saya... hati pasti berdebar, kerna beliau seorang yang jujur memberi komen walaupun tidak diminta. hehe.

Ingat lagi satu dialog yang membuat saya tersenyum bangga pabila Tok Mami menjamu bihun goreng ya...

Tok Mami: haa... pandai bini hang masak. {wahhh!!!! bihun goreng tu kadang o.k kadang k.o jugak... hahahaha. nasib tyme Tok Mami makan tu o.k kan}

Alhamdullillah mendapat kata2 semangat dari seorang Nenek. Nenek saya sendiri TIDAK sempat melihat saya bersanding di pelamin apatah lagi merasa masakan saya. Nenek saya sudah kembali kepadaNYA sewaktu saya masih kecil... tapi saya masih ingat Nenek sebelah ABAH yang digelar Tok Gemuk, juga orang Penang sangat mementingkan kesempurnaan. Setiap pagi kamarnya akan dipenuhi bunga melur. hmm..

Kini saya hanya menumpang kasih seorang Nenek kepada Tok Mami (sebelah IBU) ataupun Nenek (sebelah AYAH). Alhamdullillah Nenek sebelah AYAH masih sihat walafiat tetapi Tok Mami kini telah terlantar sakit, tidak mampu lagi menjamah makanan sendiri, tidak lagi mampu berjalan sesuka hati. hmm. Kesakitan yang ditanggung Tok Mami tidak dapat saya ungkapkan dengan cerita. Sesekali apabila menyentuhnya, bila mata bertemu mata... sayu seluruh jiwa raga. Pengorbanan dan jasa Tok Mami tidak mungkin dapat cucunda balas dengan kata2. Biarlah qada' dan qadar menentukan segalanya. Allahuakbar!!

Doa agar Tok Mami kembali pulih dan bisa mengukir senyuman seperti dahulu. TOK MAMI TEH yang kini sedang berada dalam jagaan pakar saraf di hospital. Gmbo terkini yang sempat dirakam semasa kunjungan sebaik pulang dari Penang.

KPJ Selangor Specialist Seksyen 20 Shah Alam

wad 431

hanya dimasukkan air

Tok Baba

Tok Mami

seorang peneman setia

Maksu

brother Nabil

Tok Mami Meah... Tok Mami's sister
walau masih terlantar sakit, Tok Mami tetap meminta mahu pulang

Cyana @ KPJ

jam menunjukkan waktu rawatan

cik Nurse datang membuat pemeriksaan

memberi suntikan agar Tok Mami tak loya.. kerna perutnya kosong

Tok Baba yang keletihan

Tok Baba mahu pulang berehat setelah seharian di hospital

penuh kasih sayang

Tok Mami yang diminta berpuasa kerna keesokan harinya doktor mahu membuat pemeriksaan

hubby Moose memujuk Tok Mami untuk makan ubat


minum kini perlu menggunakan straw

tangan WANITA yang masih bersemangat melawan penyakitnya

brother Umar mengtenteramkan Tok Mami

untuk menghabiskan ubat beliau

brother Umar Adli

kini masa hubby Moose pula mendukung Tok Mami

Tok Mami yang masih mengukirkan senyuman

YA!! tangan itu yang suatu ketika dahulu membesarkan hubby Moose dan cucu2 yang lain, memanjakan kesemua cucunya. Kini tangan itu hanya mampu digengam erat... dan Tok Mami juga senantiasa mahu ada yang mengenggam tangannya agar beliau akan terus tabah berusaha melawan penyakitnya. Perjuangan seorang WANITA yang cukup sempurna...alangkah bertuah jika saya diberi hidup sehingga usia beliau yang mana bisa melihat pembesaran semua anak2, cucu2 malah kini sudahpun mempunyai cicit. Wallah'ualam.


2 comments:

  1. huh! pepagi dh ade entry undang air mate..sob sob

    ReplyDelete
  2. akak yg dok depan mata... lagi sebak jek melihat hari2 tua seseorng. h

    ReplyDelete