Salaam sisters... hari ini saya telah mengukur UNIFORM yang bakal disarung tidak lama lagi kerna polisinya perlu memakai uniform setiap hari Isnin yang mewakili hari korporat. hmm. Uniformnya berwarna biru muda, patternnya sama seperti uniform 1stVerse tetapi materialnya lebih nipis dan berbeda. owh...pasti meminta diukur lebih longgar dan labuh ya.. custom katakan. hehe.
Setiap staff wanita diberi pilihan untuk memilih mahu berlengan panjang atau lengan tiga suku. Designnya pula ditetapkan oleh department Corp Comm, manakala department Admin hanya mengurus bahagian pengukuran baju & berurusan dengan pembekal. Erm...jika ditanya saya, bagus betul majikan yang mahu melayan kerenah pekerja. Sepanjang sesi pengukuran bermacam2 feedback yang terpaksa we all dengar tanpa jawapan yang konkrit ya. Jika saya lebih mudah diberi pilihan size S, M ,L , XL or XXL? hmm... bila diukur, jika tidak sedap memakai nanti maka complaintnya juga bakal panjang berjela2.
Dari pengamatan saya, mungkin staff disini mungkin sudah terMANJA, Walau diberi sesuatu secara PERCUMA... semuanya mahu lengkap dari A-Z.... itu ini begitu begini. hmmm.. Bersyukurlah dengan pemberian dan keselesaan yang kita ada.
Seperti saya sendiri, UNIFORM 1stVerse hanya perlu pilih size bukan custom ya. Pilihan dari katalog... tangannya pula 3 suku panjang, maka perlu pula mencari alternatif memakai hand socks di dalamnya. Kainnya pula lebih tebal dan kebanyakan masa bekerja di bawah terik mentari. Terdahulu semasa bekerja di bidang operasi, uniform saya seperti mr TUDM pula... perlu sarung dari bawah ke atas... kekadang rasa seperti mahu terbang ke bulan. hehe. owh... rindu pula zaman itu... kini hanya mampu menjeling abang2 TUDM bersama hijau tua mereka. hiks!
No comments:
Post a Comment