Thursday, March 25, 2010

* Indian food yang SEDAP! *

Assalaam alaykom... musim panas yang melanda negara mungkin beransur berakhir. Kebelakangan ini hujan kerap melanda, Alhamdullillah. Pagi ini juga cuaca kelihatan mendung, mungkin hujan bakal turun..tetapi di KL nie jika hujan lebat selama 2 jam, kemungkinan besar pula banjir melanda... hmm.

owh..sedikit tersasar dari tajuk cerita.. hehe. Kali ini cerita mengenai makanan yang memenuhi menu sempena sambutan birthday party lil' Mia tempoh hari. Pilihan makanan India sebagai menu utama sedikit memberi kelainan. Menariknya puan caterer memasak di situ, maka pengunjung di hidangkan dengan makanan yang panas2. Beberapa menu yang disediakan seperti pasembur, vadai, masalodai, putu mayam, tosai, apom dan lain2 {yg lain2 tu tk sure nama.. hehe}

Tekak saya bisa saja menelan makanan India memandangkan dibesarkan dalam masyarakat Penang yang juga kebanyakannya dari keturunan India Muslim. erm...salasilah keluarga ABAH sebenarnya mempunyai datuk moyang yang berasal dari India. Maka saya tidak ketinggalan mewarisi kulit gelap moyang ya... hehe. Datuk pula seorang berbangsa Cina, maka saya juga terkena sedikit tempias mewarisi mata yang kecil... okaylah kan separa mix. SMILE! well... mari layan gmbo2 yang sempat di rakam minggu lalu.

tepung yang siap dibancuh untuk vadai... dan cara2 menggorengnya yang memerlukan minyak yang penuh kuali ya.



menggunakan plastik untuk membuat vadai tidak melekat di tangan

wahhhh.... bestnyer tengok

siap untuk di makan. nyum nyum


masak tosai pula..

my favourite...apom!!! kalo dapat apom telur lagi sodap!!!

menutup tudung untuk mempercepatkan apom dimasak
wahhhhh!!!!! NAKKKKK!!!!
selain tu, sista Susi juga menyediakan makanan sampingan lain
ayam goreng!!!! sedap betul ayam goreng segera nie
erm.. lupa laa.. yang nie tak tahu nama apa, cuma bila makan rangup krunk krunk
bahan2 untuk pasembur
telur rebus fav hubby Moose
cucur udang
sotong
udang
kuah untuk tosai
sebahagian menu masakan India yang memenuhi hidangan hari itu. Jika hubby Moose ada, pasti bertambah selera makan. Okay..itu sahaja cerita makan2... kalo cerita panjang2 mahu tambah pula selera makan saya. hehe.

2 comments:

  1. aaaaaaaaaaaaa ai dh terlio mau indien fud neh.

    ReplyDelete
  2. mmg sodap pun...tmbh la berat akak nie. hukhuk

    ReplyDelete