Assalaam alaykom... as promised sambungan cerita sesi bersiar2 melawat Kuala Terengganu. owh, kali nie tak ke Pasar Payang... hanya sempat melalui hadapan pasar melihat kemeriahan warga bandar yang keluar membeli-belah. Tapi kali nie we all sempat melawat Taman Tamadun Islam yang menempatkan monumen2 senibina Islam yang terletak di Pulau Wan Man.
Deeply thanks to mrs Iera & mr Hazwan yang sangat bermurah hati belanja we all masuk ke Taman Tamadun Islam. Tiket untuk pengunjung pertama kali ke sini ialah RM15, mendapat buku Passport dan potongan minuman di cafenya. Jika mahu ke sini lagi, perlulah membawa Passport tersebut untuk menikmati potongan2 yang disediakan oleh pihak pengurusan.
Ketika ini cuaca di anggarkan 32-34C... huhu. Payung? ngak ado! uhuhu.
Bangunan di sebelah kiri adalah cafe.
wahhhh!!! mrs Iera ade payung kuning diraja lagi.
brother Gio mahu bergambo dengan fountain yang pertama kali dilihatnya berfungsi di Malaysia. hahahaha. Kebiasaannya beliau melihat fountain hiasan sahaja tanpa air pancut.. Saving kan? hehe
Kalyan Minaret, Uzbekistan. Menara yang dibina pada tahun 1127M oleh Arslan Khan
Great Mosque of Agadez, Niger yang diperbuat dari tanah kering pada abad ke 16, mempunyai 13 baris perancah kayu untuk mengukuhkan strukturnya.
mrs Iera & mr Hazwan
Kul Sharif Mosque Kazan Russia yang dibina setelah kejatuhan Soviet Union.
The Palace of Al Hambra Granada Spain yang dibina dibawah pemerintahan Mohammed bin Ahmar, raja Nasrid pertama
Great Mosque of Qairawan Tunisia yang dibina pada 670M oleh Uqba ibn Nafi
Badshahi Mosque Lahore Pakistan yang dibina pada 1673M
Aleppo Citadel Syria yang dianggarkan dibina pada abad ke 10 SM di atas bukit di Syria
Sheikh Lutfallah Mosque Iran
Great Mosque of Qairawan Tunisia dibina pada 670M oleh Uqba ibn Nafi.
Nabawi Mosque Madinah Arab Saudi yang merupakan kawasan kedua tersuci bagi umat Islam. Masjid ini dibina diatas kawasan rumah Nabi Muhammad SAW dan tempat baginda disemadikan.
Suleyman Mosque Turkey yang dibina pada tahun 1557M di zaman Empayar Ottoman.
Mosque of Mohamed Ali Egypt
Kota Suci Mecca
Al-Haram Mosque Mecca, Saudi Arabia.
Masjid yang menempatkan tempat paling suci bagi semua umat Islam iaitu Kaabah yang bermaksud tempat tertinggi yang terhormat dan berprestij.
brother Gio & sista Ochal
hubby Moose & me
Abu Nasr Parsa Afghanistan yang dibina pada abad ke 17 dalam gaya Timurid. Pembinaan makam ini adalah mengabadikan jasa ahli teologi terkemuka, Khwaja Abu Nasr Parsa.
Great Mosque of Samarra Iraq yang dibina semasa pemerintahan Khalifah Abassiyah Al Mutawakkil pada abad ke 9.
hubby Moose in front of Kubbah As-Sakhrah Baitul Muqqaddis Palestine.
Dibina pada tahun 692M dibawah naungan Khalifah Umaiyah Abdul Malik Ibn Marwan. Ia menyemadikan batu suci di atas Gunung Moriah dan untuk memperingati perjalanan Nabi Muhammad SAW untuk bertemu Allah SWT.
Taj Mahal Agra India, yang dibina oleh Shah Jahan bagi mengenangkan kisah cinta abadinya dan simbol kasih sayang terhadap isterinya Mumtaz Mahal.
Sultan Omar Ali Saifuddin Brunei Darussalam yang direka oleh seorang arkitek Itali. Struktur kubah emas masjid ini merupakan bangunan tertinggi di Brunei.
Pattani Central Mosque, Thailandyang dibina pada tahun 1954 semasa pentadbiran Fil Marsyal Sarit yang menyerupai rekabentuk Taj Mahal.
Kudus Minar Central Java Indonesia dibina pada tahun 1549 oleh Sunan Kudus (Ja'afar Shodiq). Rekabentuk masjid ini bercirikan campuran Hindu dan Jawa.
Xian Mosque China yang dibina pada tahun 1392M oleh Laksamana Cheng Ho pada zaman Dinasti Tang. Walaupun rekabentuknya kelihatan seperti kuil Buddha, tetapi kedudukannya adalah mengadap kiblat.
Pusat Konvesyen di Pulau Wan Man.
Senibina Islam yang indah belaka...erm sambil berjalan2 sambil menambah ilmu pengetahuan mengenai sejarah2 keagungan zaman kegemilangan Islam yang mashyur suatu ketika dahulu. Alangkah bahagianya jika benar2 dapat mengunjung ke tempat2 berikut. InshaAllah
No comments:
Post a Comment