Assalam alaykom... meluangkan sedikit masa untuk mencoret cerita lil' Eijaz semasa berpisah selama seminggu dengan saya. Pengalaman pertama semasa mendapat tahu lil' Emir perlu ditahan kerana kuning membuatkan air mata mengalir dan saya memilih untuk turut bersamanya tidur di bawah sinar UV kerna tidak sanggup berpisah dengan anakanda Emir. Kali ini saya sekali lagi diuji pabila perlu meninggalkan anakanda Eijaz di Nursery dan tidak dapat tidur bersama. Hanya Ibubapa sahaja yang dibenarkan melawat lil' Eijaz dari jam 10 pagi sehingga 10 malam. Hati benar pilu namun saya cekalkan diri dan tenangkan hati demi kebaikan lil' Eijaz. Mengikut rekod, hubby Moose mempunyai sejarah 'warded' selama 5 hari di hospital semasa beliau masih kecil kerna lebih sel darah putih dan nampaknya lil' Eijaz telah memecahkan rekod Aby setelah beliau 'warded' selama 7 hari dan bermulalah perjalanan Umy setiap hari ke hospital untuk bersama dengan lil' Eijaz.
Lil' Eijaz dirujuk ke hospital pada hari ke empat belas apabila mendapati kuningnya masih belum reda. Setiba di hospital, pakar Paediatric Dr. Vidya terus meminta untuk mengambil sampel darah dan air kencing. Sampel air kencing diperolehi selepas hari kelima dan dengan segera Lil' Eijaz diminta merujuk semula ke hospital dan terus ditahan di Nursey untuk rawatan kerna di dapati mempunyai Urinary Tract Infections (UTIs) atau kencing kotor. Penyakit ini berlaku secara semulajadi. Seterusnya ujian ultrasound diambil dan mendapati buah pinggangnya sedikit bengkak. Ini menyebabkan Lil' Eijaz perlu terus diberi rawatan berterusan dengan antibiotik setiap hari sehingga umurnya mencapai enam bulan sebelum bisa menjalani ujian dan X-ray untuk melihat sama ada beliau mempunyai Vesicoureteral reflux (VUR) iaitu dalam bahasa yang mudah difahami air kencing mengikut saluran yang betul dan tidak berpatah balik ke saluran buah pinggang. Setakat ini, lil' Eijaz menunjukkan reaksi normal dan kami sentiasa mendoakan agar kesihatannya kembali pulih segera.
Pada hari pertama lil' Eijaz diperiksa, beratnya tidak berubah iaitu 2.6kg sama berat ketika lahir dan ini mendapati beliau tidak mendapat cukup bekalan susu. Saya seterusnya dinasihatkan memberi susu sebanyak 2 0z setiap 2 jam dan kaedahnya minum melalui botol agar mudah dipantau pemakanan anakanda. Maka bermulalah episod sesi mengepam susu dan tidak dapat breastfeed secara terus memandangkan keadaan lil' Eijaz yang agak susah minum susu secara direct feeding. Selang dua hari kemudian, beratnya mencapai 2.8kg, satu peningkatan yang sangat baik dan apabila keluar dari hospital beratnya sekitar 3.5kg. Walaupun terpaksa melihat lil' Eijaz minum melalui botol, saya redha seadanya dan perlu berkorban lebih masa setiap hari untuk mengepam susu setiap jam.
Sedikit gambar-gambar kenangan sepanjang lil' Eijaz di DEMC Nursery selama 7 hari.
lil' Eijaz in smile
berat ketika ini 2.6kg
hari pertama bertemu Dr Vidya
timbang berat
sampel darah diambil untuk memeriksa kuning
hari ketiga iaitu sesi susulan kedua ke hospital untuk memeriksa sampel darah dan air kencing
lil' Emir juga turut demam dan membuatkan beliau terpaksa dijauhkan dari lil' Eijaz
hari seterusnya selepas dipanggil semula ke hospital untuk rawatan susulan
my lil' strong Eijaz
waktu menunggu temujanji doktor
the brothers
lil' Emir turut menemani adinda Eijaz bertemu Dr Vidya
saat paling sukar sewaktu terpaksa meninggalkan lil' Eijaz di Nursery
lil' Emir yang keletihan selepas menangis kerna perlu berpisah dengan lil' Eijaz
hari pertama di Nursery
suasana dalam Nursery
antibiotik yang dimasukkan selama 5 hari
sedihnya melihat kaki lil' Eijaz dicucuk untuk dimasukkan ubat
sesi mengepam sambil menemani anakanda
lunch di cafe DEMC
lil' Eijaz masih mampu tersenyum dalam kesakitan
cutie Eijaz
lil' Eijaz yang akan sesekali melemparkan senyuman membuatkan Umy lebih tenang
Aby Moose melawat lil' Eijaz
the next day... breakfast sebelum bertemu anakanda
wajah tenang lil' Eijaz
the close up!
versi model Medela yang disediakan di hospital
saya menggunakan Freestyle Medela yang lebih praktikal dan mudah dibawa
lunch di Rumah Cibuk
kelihatan lil' Eijaz sedikit berisi
lil' Eijaz menangis seolah tahu yang akan ditinggalkan Umy
sayu setiap kali perlu berpisah sementara dengan lil' Eijaz
Umy menjadi doktor seketika
my cutie Boo
Umy and lil' Eijaz
take care Boo
bihun sup di Pak Tam cafe
di ruang inilah setiap hari saya meluangkan masa bersama lil' Eijaz
lil' Eijaz lebih banyak tidur selepas minum susu
one pose for Umy
Hari pertama Ramadhan dan ketika ini berada di bilik sebelah kerna ruang menyusu penuh
tambahan dos ubat pada hari kelima
ubat kedua
kali ini kaki sebelah kanan pula dicucuk untuk 3 hari berikutnya
keep smilin'
my cutie Boo yang tersenyum untuk memberitahu Umy agar tidak susah hati meninggalkannya
hari ketujuh... Alhamdulillah bisa pulang
lil' Eijaz ditukarkan pakaian
Terima kasih kepada semua jururawat di DEMC Nursery yang menjaga lil' Eijaz
masa untuk pulang
home sweet home!!!
ubat antibiotik yang harus diberikan setiap malam
Doakan lil' Eijaz cepat sembuh dan pulih seperti biasa.
Semoga anakanda diberikan kesihatan yang baik dan bisa tersenyum serta menceriakan orang-orang tersayang disekelilingnya. Sehingga catatan dibuat lil' Eijaz menunjukkan peningkatan kesihatan yang lebih baik dan mula mahu direct feeding walaupun masih lagi perlu disusuli dengan bekalan susu menggunakan botol. 14 Jun 2017 jam 3:45 pagi.
No comments:
Post a Comment