Tuesday, June 20, 2017

* Raya Mood is ON!!! *

Assalam alaykom... telah masuk ke fasa sepuluh malam terakhir Ramadhan. Benar pantas masa berlalu seakan baru semalam sahaja bermula Ramadhan dan tanpa sedar minggu hadapan bakal menyambut Syawaal. Alhamdulillah kali ini saya sempat juga berpuasa pada minggu akhir selepas habis berpantang. Syukur saya dua tahun berturut dapat mengerjakan puasa penuh dan pasti rindu apabila tidak dapat berpuasa tempoh hari dek kerna dalam pantang. Seperti biasa mood insan bergelar Ibu pasti sibuk mengatur keperluan raya seperti biskut raya, jamuan pada hari raya, baju raya, duit raya, tabung rayadan bermacam lagi raya. hehe. 

Lucunya apabila saya sedar akan berpantang sepanjang Ramadhan... bererti tiada masa untuk shoppin', maka terus saya membuat persiapan dua bulan lebih awal untuk membeli baju anak-anak. Lucky me anak lelaki tidak banyak aksesorinya. ahaks! Tetapi pening juga kerna mahu sedondon berdua dan baju Umy akan diatur kemudian. Dan seperti biasa walaupun telah membeli baju lebih awal... pasti akan bertambah lagi pada waktu akhir. oppss!!! Bahaya juga semasa berpantang, lebih banyak masa terluang siang dan malam juga sambil stay up sambil klik klik klik. Oh NOOOO!!! Online shoppin' lebih pantas dan bahaya untuk isi poket.. ahaks! Saya turut terkena tempias online shoppin' namun untuk pakaian saya lebih gemar membeli sendiri di kedai. Persiapan baju raya mungkin akan dikongsi kemudian kelak InshaAllah. 

Latest petang tadi Umy ditemani lil' Eijaz sempat juga shoppin' walau dalam masa singkat. Tipsnya saya hanya tuju ke kedai yang familiar sahaja dan hanya memilih item yang telah disenarai pendek. hiks! 

 let's go Umy!!!

the first mirror selfie berdua... ohhh!!! boy zone again and again!

Umy berjaya menambah koleksi baju untuk anakanda berdua walaupun baju Umy hanya 'recycle' sahaja... oppss!!!

Semoga bertemu lagi Ramadhan. Ameen.

No comments:

Post a Comment