Monday, May 29, 2017

* my lil' Eijaz Newborn Memories *

Assalam alaykom.... coretan kenangan semasa kelahiran lil' Eijaz yang dilahirkan pada minggu 38 kehamilan dan lebih awal dari tarikh jangkaan. Kali ini saya memilih untuk bersalin di DEMC Specialist Hospital yang terletak di Seksyen 14 Shah Alam berikutan lokasi hospital yang terdekat dengan kediaman dan juga menjalani pemeriksaan kehamilan bersama Dr Nor Azhana. Mengikut tarikh jangkaan bersalin adalah pada Isnin, 15 Mei 2017, namun dek kerna saya perlu melalui pembedahan maka tarikh bersalin perlu dipilih lebih awal maka saya memilih Jumaat, 5 Mei 2017. Namun kita hanya bisa merancang dan ALLAH swt menentukan utntuk lil' Eijaz melihat dunia lebih awal iaitu pada Rabu, 3 Mei 2017 jam 10.10pagi. Tepat mata saya melihat jarum jam ketika itu dan mendengar tangisan lil' Eijaz sebelum terlena dek kerna bius yang dimasukkan untuk pembedahan bersalin. Allahu'akbar!!! 

Sepanjang tempoh kehamilan saya mengalami beberapa komplikasi seperti uri berada di bahagian bawah, terjatuh terduduk dan kejang pengkal paha, vaginal yeast infection selain beberapa kali 'minor bleeding'. Doktor telah menerangkan lebih awal kebarangkalian untuk bersalin lebih awal kerna kehamilan kedua dalam jarak waktu yang singkat dan kurang dari dua tahun disebabkan luka pembedahan lama yang mungkin masih belum pulih sepenuhnya. Maka moral of the story jika melalui pembedahan lebih baik merancang untuk kehamilan berikutnya lebih dari dua tahun. Itu adalah salah satu pengorbanan ibu yang bersalin secara C-Section yang perlu menanggung luka dan parut kekal seadanya. Seawal minggu ke 32 kehamilan saya sudah perlu bersedia sebarang kemungkinan untuk bersalin lebih awal sehinggakan pada minggu ke 37 saya melalui pemeriksaan lebih kerap. Ditakdirkan saya tidak dapat menunggu sehingga tarikh pilihan 5 Mei 2017 dek kerna semasa pemeriksaan terakhir pada 2 Mei 2017, didapati air ketuban telah berkurangan dan segera dinasihatkan untuk terus masuk wad. 

 Maka bermula pengalaman selama 3 hari 2 malam menetap di DEMC. Apa yang pasti tiba-tiba terasa banyak persiapan yang belum disediakan {kerna hakikatnya semuanya dibuat pada saat akhir iaitu pada minggu kehamilan ke 36}. Perasaan lebih tenang sehingga tidak berasa seakan mahu bersalin.. oppss! Cuma debaran mula terasa apabila ditolak ke dewan pembedahan dan ketika itu mula terasa sebak di dada. Alhamdulillah hubby Moose berada di sisi dan menemani sehingga ke pintu dewan pembedahan {dek kerna suami tidak dapat masuk ke OT}. Saya menahan air mata agar tidak mahu perasaan berubah angin kerna harus melalui pembedahan dengan tenang. Setiap detik masa saya amati dan setiap darinya akan terakam dalam memori. InshaAllah.

Sedikit gambar kenangan semasa melahirkan lil' Eijaz.

 
the signature pose for welcoming lil' Eijaz!!!
{Credit to miss Ami yang menghadiahkan kasut idaman untuk si kecil. Beliau terus pergi membeli pada petang selasa dan menghantar kepada saya semasa di hospital. Thanks Babe!}

the last pose before admitted. Ketika ini selepas pemeriksaan terakhir dan harus pulang ke rumah untuk mengambil beg pakaian.

Pose bertiga yang terakhir sebelum menyambut kehadiran lil' Eijaz

check in tyme!!!

deretan beg. okay beg Umy hanya satu dan yang lainnya beg lil' Emir dan hubby Moose yang turut berkampung di DEMC

makanan yang telah tersedia

pemeriksaan CTG di bilik 314

gambar kenangan pemeriksaan CTG dijalankan untuk memeriksa keadaan bayi dan ibu

lil' Emir yang kembali membawa fries kegemaran

lil' Emir yang sama sibuk mahu jadi pesakit

peneman setia Umy

he woke up at 4am untuk main bersama Umy

saat menanti panggilan ke OT


get ready to operation theater

jururawat menolak ke OT yang berada di Aras 2

hubby Moose menanti lil' Eijaz di Nursery

 lil' Eijaz yang masih segar bugar dihantar ke Nursery

the first pose after azan.. Allahu'akbar

welcoming lil' Eijaz!

my lil' mujahid Eijaz!!!!

IBU yang pertama datang melawat


IBU... thanks for the flower

jururawat memeriksa lil' Eijaz

ketika ini saya masih lagi tidak dapat bergerak dengan bebas

lil' Emir yang baru pulang dari Nursery

Emir kiss his lil' Brother

family visit

Jiddy dan Jiddah melawat lil' Eijaz

kiss from Jiddah

lil' Eijaz di pangkuan Jiddy

MamaChal's family

lil' Emir paling excited melihat lil' Eijaz

lovely kiss from Aby!!!

lovely kiss from brother Emir

the second day

Umy finally dapat bangun dari katil namun kali ini kesakitan lebih terasa menyebabkan pergerakan lemah

SIMD's family visit lil' Eijaz...
{my new Boss and my Ex-Boss turut sama hadir. Thanks Team!}

homey tyme!

nurse yang membantu membawa lil' Eijaz

kali ini saya beberapa kali dapat merasa pengalaman menaiki kerusi roda

tyme to go home!!!

the FOUR us in pose!!!!
{spot my lil' Emir in big smile}

lil' Eijaz bertemu Onyang Tok Ba

bekalan ubat yang sangat meriah


Alhamdullillah... safely home!!! Ahlan wasahlan ya habibi!!!

Syukur di atas nikmat dan kurniaanMU Ya ALLAH!! Terima kasih kepada semua keluarga, warga DEMC, sahabat handai dan kenalan yang bersama saya sepanjang kehamilan dan kelahiran bayi kedua ini. Sesungguhnya pengalaman itu memberi kekuatan diri dan iktibar sebagai hamba yang kerdil menikmati kegembiraan dunia. Terima kasih buat hubby Moose yang sentiasa bersama saya mengharungi perjalanan ini. Semoga anak kecil bernama Eijaz Al Qaaed bin Mus'ab Al Khair membesar dengan sihat, menjadi anak soleh dan menyumbang bakti dan tenaga kepada keluarga, agama dan negara. Ameen.

*ketika catatan ini ditulis lil' Eijaz kembali semula ke nursery kerna dijangkiti kuman. Beliau berada di nursery selama 7 hari yang mana Umy tegar menerima ketentuanNYA. Kami redha dengan ujian kecil ini Ya ALLAh dan ketika catatan ini dihabiskan pada hari ini, lil' Eijaz telah dibenarkan pulang ke kediaman dan  perlu menjalani rawatan susulan selama 6 bulan. Jika diberi keizinan saya akan mencatat pengalaman dan perasaan berpantang tanpa anak disisi namun bibir harus mengukir senyuman agar menyampaikan kepada otak dan hati perlu kuat untuk menghadapi cabaran ini. Allahu'akbar!!!


Love you Eijaz Al Qaaed bin Mus'ab Al Khair and brother Emir Al Qays bin Mus'ab Al Khair!!!! 
May 29, 2017.


2 comments:

  1. salam Siti.. maaf dah lama tak buka blog, tak baca komen. Tahun 2017 kos pembedahan bersalin 10K+. Tahun 2019 pun harga lebih kurang sama.

    ReplyDelete