Wednesday, June 14, 2017

* my ALL-TIME FAVOURITE dress *

Assalam alaykom... kembali berbicara tentang topik kegemaran wanita iaitu fesyen. Lucky me saya hanya tertarik dengan pakaian dan tidak pula berminat dengan solekan. Maka saya hanya memerlukan alat solek minima yang digunakan secara harian iaitu pencuci muka, bedak dan gincu. Saya juga bersyukur tidak mempunyai masalah kulit selain sedikit kering kerna sememangnya kurang minum air dan tiada alahan ubat. owh berbalik kepada cerita fesyen sepanjang kehamilan kedua, mudah kata saya hanya memakai baju-baju bersaiz besar dan hanya membeli beberapa helai pada saat akhir kerna kenaikan berat sebanyak 16kg agak menyukarkan saya bukan sahaja memilih pakaian namun pergerakan juga menjadi perlahan.

Pemakanan saya sepanjang kehamilan kedua juga normal dan tidak pula berlebihan cuma mungkin ditakdirkan berat badan naik walaupun sebenarnya berat kandungan lebih kecil berbanding sebelumnya. Malah ada yang menyangka saya hamilkan anak kembar dek kerna perubahan badan yang begitu ketara. Dan bila overweight sudah pastinya nak kembali ke berat normal juga akan mengambil masa. Anyway... beberapa pakaian yang begitu kerap yang saya pakai semasa kehamilan ini adalah dress Auni dari Icahfa dan dress Laylaa dari Imaan Boutique. Jom layan foto fesyen kegemaran semasa kehamilan lil' Eijaz. 


perkembangan kehamilan kedua

the black Auni dress pada minggu ke 37 kehamilan

the signature piece!!!

pada awal kehamilan, saya mengenakan pants suit dari Icahfa. 


dress Auni kuning pada hari icon Digi.. ahaks!

another favourite dress yang bisa dipakai sepanjang kehamilan

pose with my lovely girls

pose with my buddies... ketika ini tema mereka baju kebaya sebagai AJK. mrs Cyana mengenakan dress Laylaa yang hadir sebagai tetamu

pose kenangan with my sista in law... sis Yusra yang beza kelahiran anak-anak kami hanyalah 8 hari. Namun sista Yusra anaknya lil' Sarah dilahirkan dengan berat 3.9kg... tetapi perutnya kecil

sesi photoshoot yang sengaja mengenakan dress lama dengan hanya menukar warna hijab

another dress yang dihadiahkan oleh my sista in law...sis Ocal, tetapi sempat pakai sekali sahaja

dark grey Auni dress yang digayakan semasa sesi pemeriksaan kehamilan 

sesi lawatan ke butik kegemaran iaitu Imaan Boutique yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam

the Red Ochre Laylaa dress...another piece to grab!!!

the Cool Grey Laylaa 


the British Green Laylaa

the Terra Cotta Laylaa


actually Laylaa dress bukan baju maternity, cuma designnya yang longgar, breastfeeding friendly, wuduk friendly dan ade poket memudahkan lagi saya menyimpan barang. Maka Laylaa dress telah menjadi kegemaran saya sehingga memborong semua warna... oppss!


the first photoshoot in Rina Salleh dress

the second photoshoot in Auni dress
{nak konsep lalang maka masuk lah ke dalam lalang... thank you hubby Moose yang melayan kerenah wifey}

last but not least... hari terakhir kehamilan kedua dengan Laylaa dress. Praktikal dan selesa digayakan dan bisa mengenakan dengan banyak warna hijab. Actually ketika ini baru pulang dari mesyuarat di ofis dan tidak pula menyangka akan terus masuk wad. hiks!!! 

Misi pencarian baju untuk selepas bersalin pula perlu diteruskan. ahaks! Anyaway, kali ini saya lebih banyak memilih pakaian yang lebih selesa dan bisa dipakai untuk jangka masa panjang selain perlu breastfeeding dan wuduk friendly. Tidak perlu mengikut fesyen semasa yang keterlaluan... just carry yourself with confidence. SMILE!

No comments:

Post a Comment