Assalam alaykom... sedikit gambar kenangan 'lovely brotherhood' yang mana lil' Emir ketika ini berusia 2 tahun setengah menunjukkan reaksi positif dan bisa menjaga adiknya lil' Eijaz. Setiap hari mahu sahaja dicium lil' Eijaz dan sudah tentu mahu bersama di dalam pelukan Umy. Untuk catatan, lil' Emir ketika ini masih lagi menyusu namun terhad untuk waktu sebelum tidur. Walaupun beliau diberi susu formula, lil' Emir masih lagi mahukan Umy menyusunya. Saya masih belum berpisah susu dengan lil' Emir dan benar situasi sesekali amat sukar untuk mengendali kedua anak secara serentak namun saya cuba berikan yang terbaik. Lil' Emir memahami apa yang diberitahu kepadanya cuma mungkin belum bersedia menerima hakikat perlu memutuskan susu dengan Umy. Namun beliau dapat menerima kehadiran lil' Eijaz dengan penuh kasih sayang. Alhamdullillah.
lil' Emir and lil' Eijaz
lil' Emir akan mencium lil' Eijaz sebelum berangkat ke Nursery atau disebutnya 'school'
waktu pulang dari Nursery akan terus ke bilik melawat lil' Eijaz
abang melawat adik
more kiss
dimana ada adik disitu ada abang
tidur juga mahu bersama
my morning view.... lil' Emir setiap hari tidur sebilik bersama lil' Eijaz
lovely!!! lil' Emir memberi susu kepada lil' Eijaz {mungkin biasa dilihat situasi ini di Nursery dan mudah baginya menjaga adik}
my TWO lil' EAQ!!!!
Terima kasih ya ALLAH atas nikmat yang diberikan kepada keluarga kecil kami. Alhamdullillah.
No comments:
Post a Comment