"The heart of a father is the masterpiece of nature".
Happy father's day to Aby Moose!!!
Lovely moments Aby Moose bersama dua anakanda EAQ pada tahun yang berbeza iaitu menyambut kehadiran lil' Emir Al Qays pada tahun 2015 iaitu tahun pertama bergelar Aby dan seterusnya menyambut kehadiran lil' Eijaz Al Qaaed pada tahun 2017.
Masa yang berbeza namun Aby Moose berkorban masanya untuk meluangkan waktu merakam detik indah anakanda ketika kecil. Sentuhannya pastinya berharga kerna kamera dipetik oleh Aby EAQ sendiri. Saya bersyukur kerna Aby Moose bisa menjaga anak jika ketiadaan saya. Semasa lil' Emir masih bayi semua penjagaan harian seperti mandi dan menukar lampin diuruskan oleh Aby Moose malah beliau sendiri pernah mengasuh lil' Emir. Thank you Aby!!!
Aby Moose merakam potret lil' Emir ketika berusia 11 hari dan lil' Eijaz ketika berusia 7 hari. Yang pasti Aby Moose walau dalam diam dan tidak banyak berangan seperti Umy namun beliau sebenarnya memberi sokongan dalam diam dan lebih peka mengasuh anak. Tetapi apapun terima kasih kepada Aby Moose yang memberi kepercayaan kepada Umy memilih kedua-dua nama anakanda dan juga memilih apa semua keperluan anakanda mengikut selera dan citarasa Umy kerna beliau lebih tahu saya cerewet dalam memilih barangan. SMILE!
Happy Father's Day to Aby Moose. We love YOU!!!
Selamat Hari Bapa juga ditujukan khas buat ABAH dan AYAH!!!
18th June 2017
No comments:
Post a Comment