Saturday, October 11, 2014

* Twenty Three Weeks *

Assalaam alaykom... take a break with kit kat!!!! Sebelum kembali kepada cerita-cerita panjang mari layan dahulu cerita ringkas yang mungkin hanya akan berlaku sesekali dalam kehidupan iaitu kisah preggy mrs Cyana yang mana sehingga catatan ini ditulis usia kandungan sudah menjangkau 23 minggu, Alhamdullillah. Owh... kenapa saya memilih angka 23 untuk menulis? Itu mungkin kerna gabungan 23 itu adalah nombor kegemaran saya. 

Sedikit catatan buat memori pada masa hadapan... pabila kandungan memasuki minggu ke 21 barulah saya terasa seakan kelihatan bonjolan perut ke depan, maka dalam erti kata lain.... "I need bigger dress!". Alhamdulillah mommy-to-be tidak mengalami alahan yang teruk tetapi lebih rajin masuk ke dapur kerna mahu makan masakan ringkas sahaja. owhh... tekak sangat mahu masakan Melayu sedikit pedas dan kicap. hehe. 

Yang lainnya mommy-to-be rajin berjalan dan suka menaiki kapal terbang. oppss! mood bekerja sepeti biasa tiada yang membezakan saya dengan yang lain. Kerja tetap kerja. Lucky me tidak banyak mengalami keletihan cuma cepat mengah dan tercungap lebih dari biasa. erm... waktu tidur pula membuatkan saya bangun lebih kerap pada waktu malam untuk ke tandas. Atau mungkin sebagai persediaan berjaga tengah malam untuk menyusu. hmm. Bab makanan juga tiada bezanya. ermm... tidak banyak yang dapat saya kongsikan kerna tidak banyak perubahan kecuali sudah mulai berasa sesuatu pergerakan di dalam perut. lil' One sangat baik dan tidak banyak meragam. Be Strong lil' One!!! 

Dan sehingga catatan ini ditulis juga, jantina lil' One belum lagi kelihatan. Tidak mengapa.... Allah swt telah memberi peluang kepada saya untuk merasai detik berbadan dua. Syukur Alhamdullillah. 

 mrs Cyana's signature pose with lil One

 love this piece by hubby Moose


lil' One and me at my favourite dress shop

mrc Cyana preggy pose!!

LOVE! 

2 comments:

  1. Alhamdulillah.

    Setelah sekian lama menanti pastinya ia adalah anugerah yang sangat bererti buat Cyana suami isteri...

    ReplyDelete
  2. Alhamdullillah Kakcik.. doakan semoga dipermudahkan dan selamat, InshaAllah

    ReplyDelete