Monday, October 20, 2014

* Priceless Moment *

Assalaam alaykom... syukur beberapa hari ini hujan membasahi bumi Malaysia walaupun hujan mencurah disertai dengan ribut taufan namun mungkin menandakan musim tengkujuh bersama dengan perubahan iklim dunia melanda dunia yang mana pada awal tahun negara dilanda kemarau. Sekurangnya peredaran musim itu bergerak cuma ketika ini mengalami perubahan musim yang agak ketara. hmm. owh.. sebelum mata terpejam lena, dan sebelum esoknya bakal sibuk kembali dengan kerja berikan laluan untuk mommy-to-be berangan seketika. 

Benar kata pengalaman menjadi 'preggy mommy' sesuatu yang sangat berharga. Tidak terasa pantasnya masa berlalu kerna setiap kali bertemu dengan sesiapa... soalan pastinya berbunyi seperti:
"Cyana dah berapa bulan?"
"Cyana ada alahan?" 
"Bila due Cyana?"
"Dah tahu anak lelaki atau perempuan?"
"Bila nak buat baby shower?"

Jawapan saya pasti berbunyi:
"erm.. dah nak masuk enam bulan"~~merujuk tarikh nukilan ditulis
"Alhamdullillah... tiada alahan yang teruk" ~~sehingga terasa seperi seakan mimpi saya bergelar 'mommy-to-be'
"Due awal Februari.. InshaAllah" ~~ owh..pantasnya masa berlalu apabila asyik mengira bulan
"Tak tahu lagi" ~~merujuk tarikh nukilan ditulis, jantina lil' One masih belum diketahui
"InshaAllah jika ada rezeki saya akan usahakan

Baiklah. Merujuk soalan terakhir membuatkan seakan mahu menimang bayi juga seperti perlu mempunyai sumber kewangan yang baik kerna persiapan barangan bayi panjangnya boleh tahan juga. Itu belum lagi termasuk ciri mommy-to-be yang cerewet mahu memilih jenama. hmmm. Itu belum lagi dikira persiapan wang untuk bersalin dan berpantang dan mengadakan aqiqah buat lil' One. 

Apa yang pasti, saya doakan lil' One sihat dan bisa melihat dunia. Saya doakan agar bisa mendengar tangisan lil' One dan hubby Moose bisa mengazan ditelinganya. Saya kira ini adalah pengalaman yang cukup berharga kerna sembilan bulan itu adalah tempoh yang tidak diduga bila pula akan berulangnya. Dan sembilan bulan itu adalah fasa untuk saya merehatkan diri dan minda selain sibuk mahu Insan Terchenta merakam setiap perubahan fizikal jua. Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Semoga saya bisa menyentuh pipi lil' One yang tidak kira apa juga jantinanya, ianya adalah anugerah bermakna buat keluarga kecil kami yang mana akan bertambah ke angka tiga. InshaAllah. 


lurvely pic by hubby Moose!

Cyana at week 22 pregnancy


smile for camera!


Cyana at week 24!

Mommy-to-be Cyana by Daddy-to-be Moose

PRICE.LESS!!!

No comments:

Post a Comment