Tuesday, March 25, 2014

* No SMILE to SMILE *

Assalaam alaykom... tanggal 24hb Mac 2014, masuk ke hari ke 17 kehilangan pesawat MAS Airline MH370 yang sentiasa menjadi tanda tanya dan setelah usaha sedaya mungkin banyak pihak, hari ini diumumkan hasil kepada Misi Mencari dan Menyelamat (SAR) yang mana MH370 terhempas di Lautan Hindi Innalillahiwainnailaihirajiun... yang mana tempat laluan yang sunyi di dunia yang mana kedalaman lautannya melebihi jangkauan ketinggian berganda-ganda dari bangunan pencakar langit di dunia. Mungkin cerita penuh pesawat hilang dari radar menjadi tajuk utama semua media masa dan tak terdapat bayangkan bagaimana pasukan yang terlibat dalam misi tersebut yang mana harus LIVE 24 hours dan bagaimana pihak-pihak yang cuba mengambil kesempatan atas apa yang berlaku. Bukan simpati yang mereka dambakan namun kesenangan yang dikejarnya. hmm. 

Secara tidak langsung, sedikit sebanyak kita juga dapat belajar tentang kerjaya juruterbang dan selok-belok pesawat yang mana tahap keselamatan yang tak terfikir dek akal. Bagaimana tanggungjawab seorang juruterbang yang membawa beribu nyawa dan harus ZERO-ERROR! Dongak sebentar ke atas langit petang tadi yang mana pagi hari dan petang hari langit segar dihiasi matahari yang bulat dan lebih besar dari biasa. SubhanALLAH. Sinarannya lebih luar biasa.

Berita terkini dikhabarkan pesawat MH370 BERAKHIR di Lautan Hindi tetapi kenapa tidak dinyatakan TERHEMPAS atau sebaliknya. hmm.. Pengesahan objek belum dibuat namun khabar sedih yang telah dimaklumkan terlebih dahulu. Mungkin masih ada harapan terhadap 239 penumpang dan anak kapal yang berada dalam pesawat tersebut. Apa yang saya tercuit hati antara barangan yang dibawa antara lain bateri litium mudah terbakar dan pallet kayu... erm.. kayu juga mudah terbakar walaupun secara langsung sel kayu hidup sebenarnya.

 Petang hari menjelang senja pada 24 Mac 2014

Bayangkan bagaimana bergelora air di Lautan Hindi yang luas terbentang dan terpencil berbanding dengan ruang Laut di Pulau Pinang (seperti gambo di atas) yang saya kira tidak sampai dua peratus daripada Lautan Hindi jika dibanding dengan kedalaman atau sebagainya. Bila terpandang lautan itu entah tidak dapat saya bayangkan bagaimana mungkin saya tersenyum dalam paksa. Sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Sesuatu yang misteri berlaku itu kehendakNYA. Hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui. Semoga masih ada sinar untuk kembali mengukir senyuman. 

Keep DU'A. Ameen.

Thursday, March 20, 2014

* the Madness *

the madness

Assalaam alaykom... sedang mata masih mampu membulat, enak juga menaip agar blog tidak terus bersawang. owh.. berita terkini mengenai kerjaya adalah penambahan skop kerja yang semakin meluas itu membuat masa saya lebih terbatas untuk berangan. Dan saya akui yang mana saya cuba untuk tersenyum walau hati kadang muram sahaja kerna bukan kerna bebanan kerja namun kekadang kerna faktor sekeliling yang tidak ceria atau dalam bahasa yang kurang enak adalah bila mana anda berdamping dengan mereka-mereka yang hanya menanti kejatuhan sahabat mereka. hmm.

owh.. pagi tadi tahap kesabaran tiba-tiba melayang entah kemana. Tiba-tiba dari ton suara enak semerdu bass menjadi nyaring senyaringnya. Tiba-tiba saya bercakap tanpa noktah dan tiba-tiba saya sememangnya mahu bercakap dan tidak langsung mahu memberi peluang orang lain berbicara. Walau benar customer is always right, namun tahukah anda dalam organisasi yang besar bukanlah saya seorang yang bekerja. Kerjanya bermula dari A-Z melalui beberapa orang yang berbeza. Namun kerna berada di pihak Z, maka semuanya harus dilayan seadilnya walau ada XY yang telah menconteng arang. huhu. enough said! Saya cuba sedaya upaya memulihkan keadaan namun saya juga harus berada dalam kawalan radar. ahaks! 

Tetapi radar itu tidak mahu mengakui kewujudan saya. Pusat kawalan hanya akan mencari radar jika memerlukannya, hmmm. Pray for MH370. Semoga cerita radar kamu itu memberi sinar harapan kepada saya yang tiba-tiba terasa seperti hopeless! Tiba-tiba terasa seperti mahu menjerit sahaja kerna sudah terlalu lama saya berdiam sahaja. Tiba-tiba terasa mahu tidur sepanjang masa agar bisa mimpi indah sahaja. Please admit that I'm here just right here on the dot. Good Nite.

Sunday, March 16, 2014

* Happy Belated Birthday Lovely Sista Izzati *

Assalaam alaykom sisters... This is my Special Dedicated entry to miss Tender a.k.a Missy Zetty a.k.a Izzati sempena sambutan hari lahirnya dan tahun kedua kami bersama. owh..rupanya hujung tahun lalu adalah sangat sibuk sampaikan tidak sempat mencoret cerita. Tahun ini miss Zaty menyambut hari lahir bersama keluarga terchenta maka selama 4 hari tiada jenaka dan tiada 'pembuli' yang suka mencubit lengan mrs Tender. Dan tiada suara yang akan menjerit nama penuh saya dari jarak 10 meter. Katanya... sebab lengan saya berisi maka suka dia suka cubit atau dalam erti kata lain tukang buli di ofis adalah tidak lain tidak bukan miss Zaty! ahaks!

Jika hari biasa, soalan lazim adalah 'hangpa takdak kawan lain ka? asyik dua orang saja'.. hehe... atau soalan lazim juga jika saya berjalan sendirian pasti ada yang bertanya 'mana kawan lagi seorang?'.. hiks. Bak kata miss Zaty memang benarlah jika kami kemana-mana soalan lazim pasti akan berkumandang. Sekurang-kurangnya saya sedar yang miss Zaty adalah antara peneman setia yang akan sentiasa menyokong ataupun membantah jika ada sesuatu yang tidak kena like.. 'enough Cyana enough'. owh.. walau kami senantiasa kelihatan bersama, namun terdapat beberapa perkara yang tidak serupa yang mana miss Tender tidak menggemari cincin dan kasut. hehe. okay... sempena hari lahir kamu yang ke sekian kalinya, maaf tiada hadiah menarik tetapi hanyalah coretan dan gambo sepanjang kita bersama yang memenuhi koleksi galeri mrs Tender. 

Anyway miss Zaty... you sound just like me already {while talking on the phone} and you dress just like me too. ahaks! Tidak lama lagi mungkin kamu akan suka selfie juga. Sama saja... saya juga sudah berani memakai color block atau kontra dress dan hijab seperti kamu... cuma belum mengenakan lipstick merah menyala lagi.. hehe. Jom layan gambo miss Zaty yang sesuai menjadi duta produk.. I guess! hiks.

 duta Mamee Chef

duta uniform

peneman miss Zaty yang comel

 pertama kali dalam sejarah kelihatan miss Zaty tidak keruan kerna bertemu penyanyi pujaannya

 
kami berdua suka minum chocolate

kami juga suka Cookies and Cream at Juiceworks

hari-hari minum dan pose untuk 3G
restoran kegemaran miss Zaty.. tomyam jom!

 selfie while miss Zaty sedang fittin'... selalu kakak yang fittin'..oppss!

our routine pose for 3G

 smile for camera

 miss Zaty malas melayan saya.. hehe

 always ready on candid

 sesi lunch and pose

 sesi bertugas di program

 hari memakai pakaian mengikut tema

our favourite drink from Meal Station

look a like!!! 
This is our favourite fashion style.

Dear Miss Zaty...  I would have picked you as my sister and my friend.
 You're the best sister and friend anyone can ever have. I love you. 
 Happy belated birthday Sista IZZATI SAHAR!!! 


* 5th Family Day | Hj Muhammad Ali *

Date: 1-2 March 2014
Location: Pusat Kecemerlangan PPD Sabak Bernam, Selangor

Assalaam alaykom... Hari Keluarga Haji Muhammad Ali kali ke 5 telah berlangsung pada 1 dan 2 Mac 2014 dengan jayanya di Pusat Kecemerlangan PPD Sabak Bernam, Selangor. Program hari keluarga yang diadakan setiap dua tahun sekali mengumpulkan susur galur keluarga besar  Haji Muhammad Ali yang berasal dari negeri Perak. Ini adalah kali pertama saya berpeluang bersua muka dan berkumpul bersama dengan ahli-ahli keluarga yang datang dari seluruh pelusuk negara dan meraikan hari keluarga yang berjalan dengan teratur dan meriah. Bukan mudah untuk menganjurkan program kekeluargaan seperti ini yang mana masing-masing sibuk dengan tugasan harian dan perancangan awal telah disusun rapi dan pastinya ribuan tahniah kepada ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus memastikan program ini berjaya. 

Seawal jam 11 pagi, kami telah bertolak ke Sabak Bernam yang mana pemilihan tempat berdasarkan kawasan titik tengah di antara negeri Perak dan Selangor yang majoriti ahli keluarga banyak menetap di sekitar Kuala Lumpur dan sempadan negeri Perak. Alhamdullillah semua rumpun keluarga di hadiri wakil-wakil keluarga yang mana taaruf diadakan bagi mengenali ahli-ahli keluarga yang baru. Setiap rumpun keluarga diberikan tema warna dan kami dari rumpun Hj Hezri Ali mengenakan warna hijau gelap. Maka dua hari bersalinan hijau.. peace!

AYAH dan IBU

on the way to Sabak Bernam

Pusat Kecemerlangan PPD Sabak Bernam

 keluarga dari rumpun merah

Hj Husin sekali imbas seakan wajah hubby Moose

 meja pendaftaran

 setiap ahli keluarga akan diberi button badge, brosur dan tag nama

goodies bag

Hezrian's family tree

Maksu and bunting

 CikNa, Maksu and Me

 Hezrian's boys

 minum petang diadakan secara potluck

 
ucapan pembukaan oleh Presiden Program... TokChu 

 antara yang hadir melebihi 200 orang

 family tree yang mendapat tempat pertama

 antara family tree yang menarik

brother Musleh, hubby Moose, Maksu and IBU

 sesi selfie... wink!

with Maksu

 kumpulan sepupu

 tunggak ahli jawatankuasa

 sesi santai dan sukaneka

 sukaneka berlangsung

 lil' Yumna

 Ulya, Mia and lil' Yumna
 pose with CikNa

wakil Hezrian yang hadir

 super-pose from Hezrian

 pose with girls

 Maksu, AyahChu and lil' Umayra

 malam hari dihiburkan dengan persembahan dari setiap wakil keluarga

 the Wayfarers menyampaikan lagu dari Divo

 the kids

 homestay tempat bermalam

 ahad pagi dimulakan aktivti salsarobik

 behind the scenes

salsarobik diketuai oleh AyahNgah

 jom bersenam

 
pose selepas bersenam

 nasi lemak sotong yang nyaman

 meriah

 must have drink..oppss!

 clown menghiburkan kanak-kanak

 
 sementara di dewan sesi ta'aruf keluarga

 pelancaran Kelab Rajawali Warisan Haji Ali untuk remaja

 
 
 
 
 
Keluarga besar Hezri sedang memperkenalkan diri

 congratulations hubby Moose atas usaha design premium items dan shooting video sepanjang program

 on the way pulang, singgah sebentar untuk menjamu selera

 nyummy cendol

last but not least... membawa pulang gambo keluarga besar untuk kenangan

Syukur alhamdullillah diberi kesempatan dan ruang waktu untuk mengenali dan merapatkan silaturrahim dengan ahli-ahli keluarga yang jauh dan dekat. Semoga kita dapat bertemu lagi pada masa akan datang. InshaAllah.