Monday, May 13, 2013

* thank you ISOBEL *

THANK YOU ISOBEL!!

Assalaam alaykom and good morning... saya pasti miss Isobel tidak membaca entry ini namun apa yang mahu saya sampaikan adalah jutaan terima kasih kepada beliau dan 4 orang rakannya berasal dari Johor Bharu yang datang ke Kelana Jaya tempoh hari menghadiri program di sana. Apa yang pasti mereka berlima tidak arif tentang selok-belok jalan dan hanya mengikut tanda arah, mahu bercakap Bahasa Malaysia juga tidak petah namun hati mereka tulus dan bersih kerna sanggup memulangkan hak orang lain. hmm. 

Cerita diringkaskan hubby Moose tercicir iPhone4S-nya tetapi dikembalikan oleh seorang gadis berbangsa Cina yang menelefon saya untuk memberitahu beliau menjumpai telefon tersebut. owh..kali kedua tercicir, kali pertama tercicir iPhone 4 semasa di konsert Maher Zain. Ketika itu majoriti yang datang ke konsert atau lebih tepat lagi orang yang bekerja dibelakang takbir adalah 95% Malays beragama Islam. Dan kejadian Rabu 9th May yang lalu majoriti yang hadir di Stadium Kelana Jaya adalah 70% Chinese beragama Buddha atau sebagainya. Apa yang cuba saya sampaikan adalah tidak kira kita berbangsa apa sekaligupun yang penting WE ARE MALAYSIAN!!!! Namun lebih manis lagi jika kita yang beragama Islam menunjukkan akhlak yang baik agar bisa dicontohi orang lain. Tiada sifat perkauman atau memburuk-burukkan bangsa lain. Kita harus menjadi contoh agar mereka yang berbangsa lain akan terus memuji Islam. InshaALLAH.

Tarikh hari ini adalah 13th May yang mana tarikh keramat yang tercatat dalam sejarah Malaysia, namun kejadian tersebut telah berlaku dan telah dibukukan. Kita yang lahir dalam generasi pintar haruslah bisa membezakan buruk dan baik. Yang buruk dijadikan sempadan yang baik dijadikan teladan. Kenapa perlu di war-war dan ditakutkan generasi kini yang saya percaya lebih bijak menilai fakta dan mengawal emosi. Alhamdullillah... walaupun digembar-gemburkan dengan pelbagai tohmahan, Malaysia masih aman kecuali dihapuskan puak pengacau yang selalu diupah untuk membuat kacau bilau itu walhal puak lain yang menanggung imej buruknya. Malaysians.. wake up! wang ringgit tidak bisa memberi nilai murni yang baik, hati yang ikhlas dan baik itu yang akan membawa kita kepada kejayaan. InshaALLAH.

PEACEFUL MALAYSIA!!!

No comments:

Post a Comment