Monday, May 27, 2013

* stay strong cTam *

Assalaam alaykom... Tepat jam 1:07 pm sedang saya berjalan mahu pergi lunch di tengah bandaraya, tiba-tiba mendapat panggilan dari Insan Terchenta. Kebiasaannya jarang mendapat panggilan beliau pada waktu sebegitu kecuali sesuatu yang penting atau pun mungkin mahu bertanya "Cie makan apa tu?"... namun sebaliknya dialog berbunyi "Cie... Mucab nak Cie tenang mendengar apa yang nak dicerita. hmm.. cTam kena langgar lori. Nanti Mucab hantar gambo sebab tak dapat nak explain keadaannya". {hubby Moose memahami perasaan wifey bila berbicara tentang kereta seperti mana bila beliau terusik dek gadget cameranya.} owh... mr cTam adalah kereta saya yang mengambil dari singkatan Civic Hitam! okay.. kali nie nama keMelayuan sedikit ya. hehe. 

- Report by hubby Moose -

"Let the photos do the talkin'... di suatu hari Isnin bersamaan 27 Mei 2013.

Alhamdullillah kes selesai. Kami diberi ujian patah kepak kiri. Tapi InshaALLAH masih boleh bergerak. Ceritanya lori barangan kering sedang loadin' barang di Tesco Shah Alam. Tanpa disedari brek tidak berfungsi maka melongsor ke belakang dengan laju. Maka terkenalah kereta-kereta yang dipilih ALLAH swt. Benar dugaan itu menimpa dan datang dalam pelbagai bentuk dan rupa."

 Hari ini terdetik juga hubby Moose mahu merakam gambo mr Ctam di pagi hari sebelum kejadian. Lihat perubahan kedudukan kereta-kereta.

 mr cTam dalam perjalanan ke bengkel kereta

hubby Moose dalam perjalanan ke Balai Polis untuk mendapatkan laporan. 

Calm Cie Calm... Yes. I am! Tarik nafas dalam-dalam... sekali lagi ujian kecil dariNYA yang melibatkan kereta kesayangan {even rasa mahu menjerit di depan Jaspal.. oppss!} . But I think hubby Moose lebih tegar kerna berada di lokasi dan melihat sendiri mr Blasoo yang dipecah dahulu mahupun mr cTam yang di landa Innocent Accident. mrs Cyana hanya mampu melihat gambo dan tak terbayang keadaannya jika saya yang berada di lokasi. Entah bagaimana rasanya...entah bagaimana mahu menahan naluri kerna bila melihat segaris calar juga saya begitu susah hati. hehe. Okay... ujian kereta ini hanyalah secebis dugaan kerna saya juga pernah mengalami kemalangan kereta seorang diri di tengah lebuh raya dan juga kehilangan kereta kesayangan. owh... bak kata orang lelaki kereta adalah 'bini kedua', begitu juga kereta adalah 'kekasih' yang akan sentiasa menjadi tempat mengadu domba atau tempat meluah perasaan dengan nyanyian sumbang seorang diri ketika memandu. hiks. Stay Strong! See ya' mr cTam! 

1 comment:

  1. assalam..sharna pn be cool ye....semoga cTamok kmbali..blh bwak dil n ank2 jnjln...hihihi.....

    ReplyDelete