Assalaam alaykom... tanggal 19 April 2013 adalah hari terakhir dalam sejarah penglibatan saya sebagai AJK KBM HQ kerna Mesyuarat Agung KBM HQ telah diadakan bagi mencari barisan AJK baru bagi sesi 2013/2015. Persiapan rapi telah dibuat terlebih awal dan seperti biasa tugas saya adalah sebagai pengacara majlis. Walaupun sedikit lega apabila melepaskan jawatan sebagai AJK Biro Sukan & Rekreasi namun tidak dinafikan sedikit rasa hiba itu tetap ada kerna sepanjang 2 tahun lebih saya berada dalam barisan AJK KBM, pelbagai suka duka yang menjadi memori kenangan di minda. Tugasan yang paling mencabar pastinya ketika mengendalikan Kejohanan Boling BERNAS di Melaka pada Februari yang lalu kerna melaksanakan program dalam masa yang singkat, menjadi penganjur, urusetia, pemain dan pengacara majlis. Seperti pesan hubby Moose bukan tidak suka dengan program tersebut tetapi beliau lebih risau tentang persepsi orang mengapa mahu membuat semua tugasan serentak. hmm. Benar kepayahan dan kepedihan itu tetap ada tetapi biarlah saya berkongsi cerita gembira kerna pahit untuk menelan realiti begitu sahaja. Biarlah ianya menjadi kenangan dan benchmark untuk penglibatan dan kejayaan diari harian saya.
Mesyuarat diadakan pada sesi petang yang mana bermula dengan pembentangan agenda dan pembubaran AJK dan pencalonan AJK KBM yang baru.
tema bersama ungu.. hehe.
tema senyum tanpa nampak gigi
I am ready to work!
cenderahati buat para AJK Sesi 2011/2013
mrs emcee senyum dalam gelisah kerna masih batuk dan kurang sihat sepenuhnya
mrs Cyana and miss Shima
mr YDP menyampaikan ucapan terpanjang sepanjang 2 tahun menjadi YDP.. hiks
mr Presiden KBM merasmikan majlis
slide comel yang ditayangkan
sesi Pengerusi Sementara mengendalikan mesyuarat
sesi pencalonan bermula
antara nama-nama calon
barisan AJK KBM baru seso 2013/2015
mrs Cyana, mrs Eka & miss Zaty
antara gadis-gadis 3G yang hadir dan sempat pose sebelum pulang. hiks
Tahniah kepada semua yang dilantik menjadi AJK KBM HQ yang baru dan terima kasih kepada semua AJK KBM HQ sesi 2011/2013 yang telah bersama-sama bekerjasama sepanjang 2 tahun dalam menjayakan semua aktiviti untuk ahli-ahlinya. Semoga kecemerlangan akan berterusan dan mengeratkan lagi silaturahim di kalangan ahli melalui aktiviti riadah.
No comments:
Post a Comment