Wednesday, May 1, 2013

* INI KALILAH UBAH!!!!! *

Assalaam alaykom sisters and brothers....Rakyat Malaysia sedang menghitung hari untuk membuang undi bagi menentukan corak kepimpinan negara terchenta. Dalam keamanan serta kedamaian, diharap bakal-bakal pemimpin yang akan dipilih oleh Rakyat bisa meneruskan perjuangan dan meneraju negara ke tahap yang lebih cemerlang, gemilang dengan penuh ketelusan dan keadilan agar negara Malaysia akan terus makmur dan harmoni. Tiada lagi propaganda atau bohongan yang menakut-nakutkan rakyat. Saya tidaklah sesibuk calon-calon yang bertanding atau jentera yang sentiasa tegar membantu dalam perjuangan parti mahupun calon mereka. Namun saya mahu juga menjadi sebahagian dari sejarah untuk melakar sejarah. Bagi mengukir sejarah, pastinya sedikit pengorbanan yang dituntut. Namun saya seru kepada Rakyat Malaysia yang secara amnya mempunyai pemikiran waras agar bisa memilih yang baik lagi benar dan hindarkan dari mendengar dan mempercayai fitnah.

owh.. lazimnya, orang Melayu adalah masyarakat yang gemar mempercayai fitnah tanpa mengkaji atau usul periksa mana yang betul mana yang salah. Mereka juga lazimnya lebih mempercayai kata-kata dari buah mulut orang tanpa mahu mencari kebenaran. Sentimen perkauman sudah lapuk. Wake up!!!! maaf jika saya sedikit lantang berkata tentang sikap negatif bangsa Melayu. Namun itu adalah realiti semasa. Cuba timbang dan kaji bagaimana mungkin kita menyamakan 'Pemerintahan 55 tahun' dengan 'Pemerintahan 5 tahun'? Jika anda berpendapat 'Pemerintahan 5 tahun' itu GAGAL, itu hanyalah tempoh masa yang singkat berbanding 'Pemerintahan 55 tahun' yang mana perbezaan sebanyak 50 tahun itu adalah angka besar namun kenapa tidak mahu bertanya sendiri apa yang telah dilaksanakan sepanjang 50 tahun itu? Benar kita mahupun kemajuan dan pembangunan namun apa yang kita juga mahupun agar kebajikan rakyat terjamin dan terpelihara. Apa yang kita mahupun peningkatan taraf hidup yang tidak membebankan rakyat.

Namun apa yang ingin saya sampaikan juga sempena hari membuang undi, PILIHLAH dengan bijak! Tetapi janganlah mempercayai propaganda atau provokasi yang menyatakan akan berlaku rusuhan sekiranya bertukar tangan kepimpinan. Rezeki KITA datangnya dari ALLAH swt. Bangunlah Rakyat Malaysia! Anda punya hati, akal dan minda... gunakan sebaik mungkin! jangan terlalu duduk di bawah tempurung dan terus menjaja fitnah. Enough said! 

INI KALILAH UBAH!!!!!

Vote for Change!

hubby Moose antara yang jadualnya padat dari terbit mentari sehinggalah ke larut malam. Semoga pengorbanan Insan Terchenta diredhai ALLAH swt

The Wayfarers menyumbang lagu sambil membantu kempen sempena Pilihanraya ke 13

Dato' Husam Musa antara calon popular di Malaysia yang bertanding untuk Parlimen Putrajaya

Beautiful. Lakaran daripada lil' Ulya yang gemar melukis... apa yang lebih bererti lakaran ini dilukisnya sendiri tanpa disuruh atau diarah oleh sesiapa. Allah'uakbar!!!!

 
Semoga kemenangan akan berpihak kepada perjuangan Pakatan Rakyat. Ameen. 

Selamat Mengundi Malaysian!


No comments:

Post a Comment