Friday, December 7, 2012

* rainy.evening *

rainy.evening by mrs Cyana

Assalaam alaykom... musim hujan kembali lagi yang mana mengikut ramalan kaji cuaca hujan melanda di Pantai Barat pada sebelah petang. Maka aktiviti di petang agak terbatas kerna pabila musim hujan menjelang di sebelah petang, jalan raya di ibu kota akan mengalami kesesakan manakala jika hujan turun dengan lebat akan berlakunya banjir kilat seperti mana di kawasan sekitar tempat saya bekerja. Hujan lebat tidak sampai dua jam lagi, paras air sudah menjangkau di betis. huhu. 

Namun hati sedikit gembira kerna sepanjang musim cuti sekolah jalan raya sedikit lengang. Maka jika terbabas di pagi hari masih lagi bisa menghadirkan diri pada tepat masanya. btw... Mendung tak bererti hujan, panas tidak akan sampai ke malam.. hujan membasahi bumi sampai ke tengah petang. Lety sebenarnya menaiki public transport. Bukan sahaja terpaksa bersesak-sesak, terpaksa rela menghidu pelbagai jenis haruman dan lebih penat ladi adalah perjalanan yang lama itu bisa juga menjimatkan syarikat ini.

adushhh!!! mata tidak lagi bisa memboolatt!!!!

No comments:

Post a Comment