Sunday, December 30, 2012

* Feel GAZA @ BERNAS *

Assalaam alaykom sisters & brothers.... Alhamdullillah Program Amal Palestin @ BERNAS berjalan dengan lancar selama 3 hari iaitu pada 12.12.12, 20.12.12 dan 21.12.12 di Aras 3 Menara HLA. Program ini dianjurkan oleh Unit Hubungan Kakitangan BERNAS dan Kelab BERNAS Malaysia Cawangan Ibu Pejabat dengan kerjasama Pertubuhan NGO Aqsa Syarif. Penampilan khas Duta Aqsa Syarif iaitu brother Aflin Shauki, penerbit, pelakon, pelawak dan penyanyi membuat kami lebih teruja mendengar pengalaman beliau yang baru sahaja pulang dari Bumi Gaza. Apa yang pasti katanya berada di Bumi Gaza seakan terasa seperti pulang ke kampung halaman dan redha dengan ketentuan ALLAH swt walaupun sebenarnya berada di kawasan bahaya yang sering kali diserang rejim Israel. Mendengar cerita beliau yang sempat bersama Brigade Al-Qassam juga membuat terasa mahu sahaja berkunjung dan merasai sendiri keramahan dan ketabahan warga Palestin. 

Alhamdullillah dengan sedikit kutipan sumbangan melalui tabung Palestin dan jualan amal, dapatlah sama2 kita menyalurkan sedikit bantuan walau tidak dapat menjejak kaki ke Bumi Palestin. Semoga dengan sedikit bantuan melalui saluran Aqsa Syarif dengan objektifnya Memperkasa Ummah Membebaskan Al-Aqsa, bisa memerdekakan Bumi Palestin dan agar seluruh umat Islam dapat mengerjakan ibadah di sana. Bak kata warga Palestin dengan yakinnya jika di tanya "Bilakah Al-Aqsa akan bebas?" jawab mereka dengan senyuman kepada Abu Mysara iaitu panggilan kepada brother Aflin, "Soon brother, InshaALLAH". Semangat mereka yang begitu tabah, redha dan jihad demi syahid. Takbir!!! ALLAH'ukbar! 

Yang penting pengisian dan pengkongsian maklumat berkaitan apa yang sebenar berlaku di Bumi Palestin dan apa yang bisa kita buat untuk membantu saudara di sana. hmm. Sedikit gambar yang sempat dirakam sepanjang 3 hari program.. taken by mr iPhone.
 
mrs Cyana on the move

 mrs Cyana with hubby Moose yang juga menyimpan hasrat untuk ke Bumi Palestin

 sedikit penjelasan mengenai penjajahan Israel

 tanah Palestin yang dirampas oleh rejim Israel

 tabung Palestin yang diletakkan di lobi bangunan

 pembukaan majlis oleh Ustaz Farouque

 
 penjelasan mengenai aktiviti dan misi Aqsa Syarif oleh Ketua Misi

 brother Aflin yang baru sahaja ketika ini dua hari pulang dari Gaza

 brother Aflin menceritakan pengalamannya ke Gaza

 
 Jualan Amal untuk tabung Palestin

 
Dato' Pengerusi turut hadir memeriahkan program

 Pengerusi Aqsa Syarif ,Prof Madya DR Hafidzi Mohd Noor turut sama hadir ke program

 warga TWM yang turut menjayakan program

 miss Zaty turut membeli sambil menyumbang

 miss Zaty and mrs Cyana

brothers in pose
 sisters in pose too!

PEACE NO WAR!!! 

Terima kasih kepada semua yang sama-sama menjayakan program. Semoga program kemanusiaan sebegini akan berterusan. May ALLAH make it easy on all of us, Ameen!

No comments:

Post a Comment