Assalaam alaykom.... sesekali bila turun padang gembira juga. Rasanya 3 tahun yang lalu pernah sekali saya turun ke KBB (Kilang Beras Bernas) untuk mengkaji penggunaan sistem padi. Kemudian bila secara langsung menjaga tender2, teringin pula untuk turun ke KBB untuk melawat kawasan.. sekurangnya2 tidak buntu bila mereka berbicara tentang CHF, gutter, IBD and etc.. hmm. Tetapi masih belum dapat kesempatan lagi, maka setiap hari hanya membaca tajuk2 tender yang bermula "Cadangan Kerja2 bla2x...". hehe. Kali ini rezeki saya untuk melawat gudang2 kosong tinggalan yang sudah tidak digunakan lagi. eik? ada gudang? Seingat saya hanya ada gudang sewa... rupanya ada juga gudang dari zaman LPN yang kini tidak lagi digunakan. Dalam syarat, Gudang tersebut tidak boleh disewakan dan hanya boleh diguna untuk tujuan yang melibatkan beras dan padi. grrrr!!! Tujuan lawatan ke gudang2 lama ini adalah untuk memeriksa aset2 yang mana mungkin mahu dilupus a.k.a dijual melalui proses tender. erm.. bila melibatkan aset syarikat, aset tidak bisa sesuka hati dibuang begitu sahaja... semua memberi pulangan nilai walaupun RM1.. huhu.
Bagusnya lawatan ini sedikit sebanyak memberi pengetahuan dan dapat juga mengumpul sejarah2.. hmm. Hari ini melawat gudang lama di Parit Buntar dan Bagan Serai, esok jawatankuasa pelupusan aset akan bergerak ke Ulu Dedap... dimana? entah... teruja sebenarnya dapat melawat kawasan2 yang tidak pernah saya jejaki. Excited!!!
More pics in my NEXT entry.. STAY TUNED!!!
No comments:
Post a Comment