Assalaam alaykom.... membuka lembaran Julai... sudah masuk ke penggal tahun kedua. Kebelakangan ini berita disajikan dengan cerita PANAS atau sengaja diPANASkan oleh sesetengah pihak bila mana mendengar pihak pembangkang akan menganjurkan BERSIH 2.0. Kenapa ya perlu sangat di gembar-gembur? kenapa ya harus diberi liputi meluas? sedangkan perhimpuan BERSIH belum lagi diadakan. hmm... Yang pasti perhimpunan BERSIH 2.0 bakal mengumpulkan semua yang mahukan KEADILAN dalam menandangi isu melibatkan pilihanraya. Tak perlu saya huraikan objektif BERSIH disini kena ianya telah dibentang beberapa tahun yang lalu. Namun kenapa masih TIADA langkah2 yang diambil untuk menimbang tara mana yang baik yang mungkin bisa digunapakai. hmm.
owh.. AMARAN!!! meminta rakyat menjauhi bandaraya Kuala Lumpur...seolah2 satu perhimpunan yang bakal mencetuskan huru-hara. Saya percaya MALAYSIAN tidak seperti rakyat di negara2 yang memberontak. Tetapi hakikatnya mereka kadang kala dipaksa memberontak oleh sesetengah pihak. Dan saya secara peribadinya tersenyum sinis bila mana 'ada' larangan yang melarang rakyat memakai pakaian berwarna kuning pada hari tersebut. eh! eh! ada undang2 baru-kah? Secara tidak langsung ianya menidakkan HAK KEBEBASAN rakyat yang menetap di negara yang berlandaskan demokrasi berparlimen.. hmm.
erm.. agaknya jika saya memakai 'yellow dress' nie akan dikait dengan kesalahan juga ker? Hakikat sebenar, jika ANDA mahukan kebenaran cerita sebenar, ANDA perlulah berada di tempat kejadian. Tidak lagi saya percaya dengan berita di kaca TV. enough said! THINK WISELY!
No comments:
Post a Comment