Sunday, June 12, 2011

* Pentas Berbeza *

Salaam again... bersiaran dari Nasi Kandar Istimewa Bukit Gambir Pulau Pinang. Sambil menunggu hubby Moose bertemu dengan rakan2 photog di Pulau Mutiara. {owh.. entry lambat post kerna kehabisan bateri.. oppsss}. btw Tahniah buat MUNSYID MALAYSIA yang menganjurkan konsert gabungan kumpulan nasyid terbanyak yang telah berjaya menghimpunkan ribuan penonton duduk di padang Dataran Kemerdekaan yang akhirnya berjaya mengumpul kutipan melebihi RM 50 ribu..satu malam untuk dana membantu anak2 yatim di Hulu Langat...masha'Allah..Allahu'akbar!! Tahniah juga buat the WAYFARERS yang memberi persembahan terbaik. {merujuk komen2 di FB... maaf BU tak dapat turut serta secara LIVE} owh.. tahniah juga buat pasukan Terengganu yang memenangi Piala FA. hehe.

Ceritanya... agak lama saya sudah tidak mengacara di dewan kawen, bila minggu lalu diberi tugasan tersebut, saya fikir nadanya berbunyi seperti saya mengacara program. huhu! {maybe kebelakangan ini banyak mengacara di pentas sukan}. Bila mengacara di majlis kawen, pantun-memantun bertubi2.. nadanya juga harus lembut dan berintonasi lemah gemalai... hehe. Namun bila mana lama tidak bertugas di pentas majlis kawen, saya akui sedikit kekok! Kebiasaannya saya kerap kali menjaga aturcara majlis... rasanya lebih mudah kerna mata tidak tertumpu kepada saya. hehe.

smile for mr photog at kerja kawen...
owh, pakaian juga harus formal..kasut harus 2 inci lebih tinggi! hiks.

well...jika di majlis sukan atau program luar, pakaian semi-formal... bley memakai jeans & sport shoes. bercakap juga bisa sesekali belasah tanpa mengikut dialog. hehe.

Bagaimanapun mengacara adalah sekadar hobi. Saya pun tidak pasti bilakah saya mula mengacara. Yang masih diingat, mulanya memberanikan diri bila di beri tugasan oleh IBU. Kerna dalam keluarga besar hubby Moose, saya dikelilingi ramai pengacara berbakat yang bisa mengacara dalam pelbagai bahasa. Kemudian saya sendiri cuba meyakinkan diri dengan menggunakan pengalaman "presentation" sewaktu di UNI dahulu. owh... bila berada di hadapan pentas, saya juga akan "gegar" lutut untuk setiap 5-10 saat yang pertama. hehe. Namun walau dipentas mana saya berdiri, saya cuba lakukan yang terbaik. InshaAllah.

selingan....
The Wayfarers at Showcase Amal SHUHADA AT-TAQWA, Shah Alam

sista Yusra second from the right

Make du'a for my sister in law Sista Yusra yang kini di masukkan ke Hospital Ampang kerna kekurangan air dalam badan. Semoga ALLAH memberikannya kesihatan yang baik selepas ujian yang dilaluinya kini.

No comments:

Post a Comment