Assalaam alaykom... gembira bila dapat meluangkan masa berehat bersama keluarga. Pastinya gembira lagi bila masa lapang diluangkan untuk melayan diri sendiri. hehe. So saya luangkan masa menjengah ke salon. Jika 10 tahun yang lalu, salon itu adalah hobi. Setiap minggu ke salon untuk mencuci rambut, setiap 2 bulan akan 'trim & treatment'. Kemudian bila kembali ke status pelajar... hobi ke salon terpaksa bertukar. Saya belajar 'blow' rambut sendiri dan trim sendiri..{so kenanga terpaksa tengok saya dalam kelas bila bosan pasti saya membelek rambut dengan gunting..to trim split ends.. hehe}. Mungkin saya mewarisi bakat ABAH bisa menggunting rambut orang lain juga. owh mrs Cyana bila berbicara tentang rambut memang saya lebih cerewet. Saya utamakan penggunaan syampu yang baik berbanding pencuci muka. Lucky me!!! kulit muka tidak banyak masalah kecuali sesekali diserang jerawat besar. hehe.
Kini bila zaman berlalu dan saya berhijab, penjagaan rambut saya uruskan ala kadar sahaja. Tiada lagi masa terbuang di salon sekadar untuk mencuci rambut. Dan yang pasti saya akan mencari salon yang tukang guntingnya wanita Islam. Mungkin mudah untuk dicari salon sebegitu di Shah Alam... tetapi tidak di Penang. Di Penang kurang hair stylist wanita Islam. Jika adapun salon itu kerap dikunjungi 'lelaki separuh wanita'. hmm. dengan itu, makin jaranglah saya hendak berkunjung ke salon. Sesekali saya hanya akan ke salon jika hendak menggunting rambut.. no more 'sweet treatment' at salon.. huhu. Nevermind.. yang penting kena rajin cuci rambut dan guna hair cream.. {eh rajin ker? hehe}
mrs Cyana ready to go to salon...pose dulu ek?.. hehe
relaxin'
trim 1 1/2 inch...
the hair vitamin
owh.. gaya fringe kegemaran bersama light layered
selingan iklan... gerai air tebu yang sedap!!!!
happy!!! dapat gunting rambut dengan style idaman hati.
Kini ditambah lagi dengan hijab & aksesori di kepala... lebih menarik bukan? hiks.
erm.. rindu nak trim rabut hubby Moose!!!
No comments:
Post a Comment