Assalaam alaykom... "Kamek sayang Sarawak!" yang itu ikhlas dari hati kerna saya sememangnya jatuh cinta dengan orang Sarawak. Sarawakian yang saya temui rata2nya humble berbudi bahasa.. mungkin saya senang berada di sana walaupun tahu terdapat banyak etnik yang berbeza namun bisa hidup dalam aman dan damai. Kebelakangan ini, fokus tentang Sarawak menguasai 70% isi kandungan media. Buka TV buka radio semuanya isu tentang Sarawak! {eh... terleby expose pun susah jugak... muak dengar tauk.}. Semuanya gara2 piliharaya yang bakal menjelang pada hujung minggu ini. okay-lah biar tumpuan diberi kepada negeri yang sebesar Tanah Semenanjung yang masih kaya dengan adat dan sumber alam semulajadinya.
owh... I'm not politician! Tetapi tumpuan yang lebih bukan sahaja mengenai tempat2 menarik dan perancangan pembangunan di sana tetapi tak salah jika saya andaikan Ketua Menterinya juga famous... melambangkan kekuasaannya menakluk bumi Kenyalang sejak 30 tahun yang lalu. {eh..siapa saya untuk komen itu ini?} Tetapi yang ingin saya komen adalah mengenai kenyataannya kepada media bahwa TIADA LAGI CALON yang sesuai untuk menggantikannya. Auww!!!!! mungkin syarat utama adalah Sarawakian yang harus memerintah Sarawak... tak mungkin tiada cendikiawan, bijak pandai yang berkaliber? Setahu saya ramai hartawan dan ahli korporat datangnya dari Sarawak. I think at age 75 years old, beliau harus beri tumpuan lebih kepada kebajikan keluarga. Berilah peluang kepada generasi muda untuk menggantikan tempat anda. Selagi tidak diberi peluang, bagaimana bisa mahu generasi baru berjaya. Lebih mudah atau agak kurang sopan jika saya katakan pemimpin jangan jadi "GILA KUASA". Tidak mungkin TIADA SEORANG yang berkelayakan. hmm.
Memetik kata2 dari blog YB Dr Dzulkefly Ahmad
"It is time for Sarawakians to take their destiny into their own hands and work toward their own self-determination and the progress of their resource rich and beautiful land. It is time for Sarawakians to reclaim their rights and interests intended by the 18-point agreement when Sarawak joined the “Malaysian Federation of Malaya, Sarawak and Sabah”."
Selamat mengundi warga Sarawak.
No comments:
Post a Comment