Assalaam alaykom.... gembira rasanya semalam berkesempatan untuk berkumpul bersama ahli keluarga yang lain. Walaupun tidak lama, namun pengisian yang di kongsi bersama cukup bermakna. Masing2 kami mungkin sibuk dengan tugasan harian, maka kebiasaan kami akan cuba untuk mengumpulkan sesiapa sahaja ahli yang dapat hadir bersama. Jika mahu di lihat jadual masing2.. mungkin tiada waktu FREE-nya. Setiap daripada ahli keluarga semuanya terlibat dengan pelbagai program. {exclude program makan2.. hehe} Tambahan pula AYAH yang juga sibuk dengan program harian yang disusun atur. Bayangkan jadual AYAH... ke parlimen di siang hari, malam hari menghadiri program. Hujung minggu 7-8 program dalam satu hari... grrrr!!!!! bagaimana jika saya berada di tempat beliau? mahu pengsan rasanya. Namun AYAH tidak pernah mengeluh, walaupun sedang bersama kami, beliau masih lagi mampu menjawab panggilan "Rakyatnya". ermmm.. rakyatnya sama penting dengan keluarga. Rakyat merupakan nadi beliau terus berjuang, keluarga merupakan tulang belakang yang sentiasa menyokong beliau.
Bak kata AYAH.... beliau mahu setiap anak-anaknya bisa memberi 'high performance'!!! AYAH tegas dalam menyatakan kemahuannya. AYAH juga mahu biarlah anak cucu cicit beliau bisa memberikan yang terbaik, memberi contoh yang terbaik kepada masyarakat... termasuklah anak-anak menantunya. YA BENAR! Saya amat bertuah kerna ditemukan dengan keluarga besar ini yang penuh dengan kasih sayang. Saya bertuah kerna mempunyai IBU, AYAH, MAMA, ABAH yang mendidik kami dalam tegas namun penuh dengan kasih sayang. Saya bertuah kerna ditemani seorang suami yang juga tegas seperti AYAHnya namun beliau penuh dengan kelembutan jiwa.
Banyak yang dikongsi bersama... mendengar kata2 AYAH adalah sesuatu yang pasti akan meninggalkan kesan dihati sanubari. Walaupun saya jarang bersembang dengan AYAH, mungkin kerna saya kurang topik untuk bercerita... namun saya tahu peratusan watak AYAH ada pada hubby Moose. IBU berkata beliau tidak pernah memarahi AYAH... kerna tiada perkara yang bisa membuatkan IBU marah. Bagaimana bisa saya mencontohi sifat IBU yang penuh dengan kesabaran dalam melayari rumahtangga yang seperti gelombang pasang surut? hmm.
Kami amat bertuah kerna dapat berkongsi pengalaman sempena ulang tahun perkahwinan AYAH & IBU yang ke 35 tahun. Semoga IBU&AYAH akan bahagia selamanya. Happy Family. LOVE!
No comments:
Post a Comment