Monday, April 12, 2010

* owh dear!!!!! lurvely Dato' Sheila Majid *

Assalaam alaykom... kekangan sepanjang hari minggu yang lalu kerna cik IZZI yang mengalami downtime di rumah. Maka baru pagi sempat mengupload gmbo2 salah seorang artis pujaan saya iaitu Ratu Jazz Malaysia, Dato' Sheila Majid. Kebetulan juga mesyuarat Induk dibatalkan pagi nie.. apa lagi? sedikit tersenyum girang... malam nie tak perlu lagi stay up untuk menyiapkan minit mesyuarat. hehe.

Back to my lil' story.. Saya telah membesar dengan lagu2 Dato' Sheila. Tetapi saya juga bukanlah peminat fanatik, mahu mengejar konsert sana sini. Saya sekadar menghibur hati dengan lagu2. Teringat lagi semasa hubby Moose yang pernah berpeluang bekerja dengan mr Acis, suaminya Dato' Sheila... saya pula yang sibuk bertanya itu ini. hiks!. Rezeki sebenarnya pabila menghadiri Majlis Makan Malam Seribu Warna BERNAS di Hotel Istana pada malam jumaat yang lalu.. artis jemputannya tidak lain tidak bukan Dato' Sheila Majid. {wahhhh... hati sudah berbunga2.. mahu berjumpa artis idola}.

Lagu Warna memulakan persembahan beliau, diikuti lagu terbaru Dengarkanlah...{sempat juga merakam sedikit lagu tersebut}. Kemudian medley lagu2 hits nya Lagenda, Antara Anyir & Jakarta dan Aku Cinta Padamu. Sebuah lagu Inggeris Can't take my eyes off from you dan terakhir Sinaran. owhh... best!! superb!! relaks jek telinga melayan lagu2 beliau. Sesuatu yang terindah bisa diukirkan dalam kenangan. Walaupun hanya dihiburkan kurang dari 30 min... tetapi saya sebagai peminatnya terasa puas dan gembira.

Maka terwujud entry KHAS ini bersama sedikit gmbo2 sepanjang persembahan Dato' Sheila Majid di Malam Seribu Warna mahu dikongsi bersama. Bagi saya stail dan aksinya masih sama seperti yang lalu..seorang penghibur. sangat suka rambut, natural make up dan dress nya. hiks!

btw TAHNIAH kepada Dato' Sheila Majid di atas sambutan ulangtahun ke-25 penglibatan beliau sebagai anak seni.

No comments:

Post a Comment